Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Sunday, May 10, 2009

Tips Penjagaan Laptop

Tips Penjagaan Komputer Riba


Penggunaan komputer riba atau lap top adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1. Bateri
* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.
* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD
* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas
* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector
* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port
* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.
* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Masalah dengan Compaq Presario V3000

Kawan saya kata laptop ini bermasalah. Selalu muncul skrin biru. Maka, saya tiada penyelesaian lain melainkan format dan install semula Windows kerana skrin biru atau nama popularnya BSoD (blue screen of death) memang ciri khusus yang ada pada Windows. Maka, munculnya skrin tersebut bererti ada konflik pada Windows.

Buntu

Akhirnya saya menemui kebuntuan dalam mencari driver. Sebagai permulaan, saya perlu cari driver bagi network adapter supaya mudah saya akses Internet terus melalui laptop yang dibaiki.

Malam pertama saya temui kebuntuan. Maka, usaha membaiki dihentikan seketika.

Driver Magician dan Radar Sync

Akhirnya saya diperkenalkan dengan perisian Driver Magician dan saya berminat untuk mencubanya. Sebelum ini saya pernah menggunakan perisian Radar Sync.

Dimotivasikan dengan kejayaan saya membaiki sebuah laptop lain semalam, saya mula membaiki. Di sini saya kongsikan pengalaman saya menggunakan dua perisian di atas:

1. Driver Magician: Memudahkan saya untuk kesan driver yang diperlukan laptop. Juga disediakan alamat untuk download driver yang disenaraikan. Namun begitu, tidak semua driver tersenarai.

2. Radar Sync: Perisian ini memerlukan Microsoft Framework 2.0 untuk berfungsi. Kali ini driver yang tersenarai agak merapu. Bererti perisian ini kurang tepat dalam mengesan driver yang diperlukan, namun mudah untuk download dan install driver yang berjaya dikesan dengan tepat.

Setelah mengetahui dengan yakin bahawa saya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada perisian-perisian ini untuk mendapatkan driver, saya mula mencari sendiri di Internet.

Cari sendiri

Selain bertanya di Google, antara tempat yang tepat untuk mencari driver laptop adalah laman web syarikat pengeluar itu sendiri. Namun, agak menyulitkan jika anda mencari driver laptop baru untuk Windows XP. Kebanyakkannya menyenaraikan driver untuk Vista. Kawan saya sarankan saya cari driver untuk Windows dari laman web yang berpengkalan di China. InsyaAllah, lain kali.

Masalah terakhir

Dihujung perjuangan saya membaiki laptop ini, saya berdepan dengan masalah terakhir -- speaker tak berbunyi! Hampir-hampir saja saya berputus asa. Namun, setelah bertanya di Google, saya temui penyelesaian.

Saya format kembali dan install Windows. Saya selesaikan masalah driver audio terlebih dahulu sebelum yang lain. Ada dua yang perlu diinstall. Pertama, Microsoft UAA Bus Driver. Kedua, Conexant High Definition Audio Driver. Mesti didahulukan apa yang terdahulu. Tak boleh langkau.

Alhamdulillah, setelah speaker berbunyi, saya teruskan install driver lain sebelum install perisian lain.

Tips-tips lain untuk dikongsi:
1. Cari dahulu driver dalam hard disk sebelum susahkan diri mencarinya di Internet.
2. Selesaikan masalah driver terlebih dahulu sebelum install perisian lain.
3. Tak boleh bergantung kepada satu perisian sahaja. Setiap perisan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri.

10 Tips penting membeli notebook

Notebook kini sama pentingnya dengan komputer PC atau lebih dikenali dengan desktop. Ini adalah kerana notebook lebih ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. Pada ma sa ini notebook bukan sahaja digunakan oleh golongan professional malah para pelajar turut menggunakannya kerana ia lebih selesa untuk digunakan terutamanya dalam kerja-kerja atau tugasan berkumpulan dan juga untuk membuat persembahan (presentation). Anda bagaimana, sudah memiliki notebook? Jika belum, saya hendak memberikan beberapa tips (yang saya gunakan) yang mungkin berguna untuk anda ketika hendak membeli notebook. Tips ini mungkin sangat berguna bagi mereka yang tinggal di Lembah Kelang.

1. Perlu tahu keperluan, kenapa beli notebook.

Ok, tips yang pertama ialah anda perlu tahu kenapa anda perlu menggunakan notebook. Adakah anda sering membuat persembahan (presentation) atau melakukan kerja-kerja berkumpulan? Jika ya, notebook adalah jawapannya. Jika tidak cukuplah dengan menggunakan desktop sahaja agar tidak membazirkan wang. Kemudian, anda perlu tahu spesifikasi yang diperlukan jika mahu membeli notebook, misalnya jenis pemproses yang diperlukan, ruang ingatan yang diperlukan perlukan CD Writer atau tidak dan bermacam-macam lagi. Sebagai contoh, jika anda memerlukan sambungan tanpa wayar (wireless) maka anda perlu memikirkan untuk membeli notebook yang menggunakan pemproses Centrino kerana ia telah dikhususkan untuk kegunaan tanpa wayar.

Bagi ruang ingatan pula, anda perlu tahu berapa banyak ruang ingatan yang diperlukan iaitu sama 128 Mb atau 256 atau 512 Mb bergantung kepada jenis kerja yang anda buat. Jika tugasan anda memerlukan banyak kerja-kerja grafik atau pengaturcaraan, pertimbangkanlah ruang ingatan 256 Mb dan keatas. Pada masa yang sama, anda juga perlu tahu tentang ruang ingatan yang diperlukan untuk grafik. Pada ketika artikel ini ditulis, kebanyakan notebook yang ditawarkan dipasaran menyediakan ruang ingatan grafik sebanyak 64 Mb. Selain daripada itu, anda perlu mempertimbangkan samada memerlukan CD Writer atau tidak kerana jika anda tidak memerlukan Cd Writer, maka anda boleh membeli notebook yang hanya dilengkapi degan pemacu CD ROM biasa dan harga akan menjadi lebih murah. Dan lagi satu, saiz paparan skrin. Saiz yang normal ialah 14.1”. Walaubagaimanapun, pada masa ini ada pengeluar yang telah mengeluarkan notebook yang mempunyai paparan sehingga 17’’ yang mungkin disasarkan kepada pengguna yang terlibat dengan kerja-kerja grafik atau mungkin juga untuk hiburan seperti bermain games atau menonton filem.

2. Sediakan peruntukan (budget)

Ya, peruntukan adalah sangat penting. Jika anda hanya mempunyai peruntukan antara RM3000 hingga 4000, anda sebenarnya sudah mampu membeli notebook yang berkuasa agak tinggi juga malah anda mampu membeli komputer yang tidak berjenama terkenal tetapi mempunyai spesifikasi yang sangat bagus. Pokoknya anda perlu rajin tawar-menawar dengan penjual terutamanya jika anda ingin membeli dipusat-pusat IT utama misalnya di Plaza Low Yat atau Plaza Imbi. Malah jika anda perhatikan betul-betul di Plaza Low Yat misalnya, ada dua atau tiga kedai yang menjual notebook ini sebenarnya adalah dibawah satu syarikat yang sama.

Ok, berbalik kepada peruntukan tadi, jika anda mempunyai peruntukan melebihi RM 4000 hingga 6000, saya mencadangkan anda membeli komputer yang berjenama terkenal seperti Compaq (atau HP), Acer, Toshiba, IBM, Fujitsu atau NEC. Ini adalah kerana, kebiasaannya komputer berjenama terkenal ini mempunyai waranti dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang sangat bagus serta meliputi peringkat antarabangsa. Dengan kata lain, jika anda mempunyai masalah menggunakan notebook tersebut ketika berada diluar negara, anda hanya perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan dinegara tersebut untuk mendapatkan bantuan.

3. Buat kajian ke pusat-pusat IT utama

Setelah tahu keperluan dan mempunyai budget, maka buatlah kajian ke pusat-pusat IT utama misalnya jika anda berada dikawasan Lembah Kelang, jangan malas untuk berkunjung ke Plaza LowYat, Plaza Imbi, Sungei Wang ataupun Mid Valley. Ini adalah kerana terdapat pelbagai jenis barang dan aksesori komputer yang ditawarkan disana.

4. Dapatkan senarai harga

Jika anda berkunjung kepusat-pusat IT seperti yang saya nyatakan diatas, dapatkan senarai harga yang biasanya diletakkan dihadapan kedai dan kalau boleh ambil senarai harga dari kebanyakan kedai yang ada disitu, kemudian cuba buat perbandingan harga berdasarkan spesifikasi dan jenama yang sama.

5. Tanya penjual

Pada masa yang sama, anda perlu rajin bertanya kepada penjual. Ini adalah kerana bukan semua spesifikasi yang tertera dalam senarai harga itu menepati citarasa kita. Adakalanya kita memerlukan customization keatas perkakasan notebook tersebut. Untuk itu, senaraikan spesifikasi yang dikehendaki dan minta penjual menghitung semula harga berdasarkan spesifikasi yang dikehendaki. Gunakan cara yang sama dikedai-kedai yang lain dan buat semula perbandingan harga. Selain daripada itu, anda perlu memeriksa senarai harga dengan betul kerana ada notebook yang tidak disertakan dengan sistem operasi dalam ertikata lain, anda perlu membeli sistem operasi secara berasingan. Bagi mereka yang tidak mahu pening kepala, notebook berjenama terkenal adalah jawapannya kerana notebook-notebook ini biasanya dipakejkan sekali dengan sistem operasi. Anda juga perlu tahu membezakan yang mana satu notebook, PC tablet atau desknote kerana jika dilihat secara fizikal ketiga-tiganya kelihatan sama. Harga notebook biasanya agak murah jika dibandingkan dengan PC Tablet tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan desknote. Perlu dijelaskan disini bahawa desknote sebenarnya bukanlah notebook kerana ia menggunakan pemproses yang sama seperti desktop bukannya jenis ‘mobile’ yang khusus untuk notebook. Selain daripada itu, kebanyakan desknote tidak didatangkan dengan bateri sebaliknya perlu menggunakan bekalan kuasa elektrik sepanjang masa.

6. Tanya jika ada promosi

Tips ini mungkin selalu orang terlupa terutamanya bagi mereka yang ‘berat mulut’ dan terlalu mengikut apa yang tertera pada senarai harga. Sebagai contoh, katakan notebook A hanya mempunyai RAM sebanyak 256 Mb sahaja. Sebenarnya ada kedai yang menawarkan proses menaiktaraf RAM kepada 512 Mb dengan percuma sahaja. Begitu juga dengan menambah bebrapa aksesori lain misalnya menaiktaraf pemacu CD-ROM kepada Combo atau menaiktaraf pemproses dengan hanya mengenakan kadar bayaran yang sangat rendah. Ada juga yang menawarkan promosi seperti kad WiFi atau mouse optical secara percuma jika anda membeli notebook dikedai mereka. Pangkalnya, seperti yang saya katakan tadi, anda perlu rajin bertanya kepada penjual.

7. Bayar pendahuluan

Setelah anda berpuashati dengan harga serta spesifikasi notebook yang ditawarkan, mungkin anda dikehendaki untuk membuat sedikit bayaran pendahuluan (deposit) untuk proses menaiktaraf beberapa komponen atau jika anda membeli mengikut spesifikasi sedia ada, anda hanya perlu membuat bayaran sekaligus. Tetapi sebelum membuat bayaran sekaligus, anda perlu mengikuti langkah 8 dan 9 terlebih dahulu.

8. Periksa semula notebook

Setelah itu, anda perlu memeriksa semula notebook tersebut. Anda perlu memastikan bahawa kesemua komponen tambahan yang dimasukkan (jika anda menaiktaraf) adalah betul.

9. Periksa samada perkakasan sampingan adalah lengkap

Langkah seterunsya ialah dengan memeriksa perkakasan sampingan samada lengkap atau tidak. Perkakasan sampingan ini termasuklah adaptor, manual dan CD driver. Pastikan juga anda mempunyai kad waranti (jaminan).

10. Pulang dengan hati gembira.

Sudah selesai membeli apa lagi, pulanglah dengan hati gembira. Kepuasan membeli hanya akan datang jika kita benar-benar membeli notebook mengikut spesifikasi yang dikehendaki disamping harga yang lebih murah dari harga asal, hehe. Mungkin kita boleh ubah sedikit peribahasa Melayu dari alah membeli menang memakai kepada menang membeli menang memakai. Ingat, rajin-rajinlah bertanya kepada penjual

Saturday, May 9, 2009

Lindungi Jejak Anda di Internet

Terdapat pelbagai cara untuk menetapkan ciri keselamatan ketika menggunakan internet seperti mengenkrip e-mel, menutup perkongsian fail dan memasang firewall. Kesemua ini boleh mengagalkan sebarang percubaan untuk menyeludup masuk ke maklumat peribadi anda menerusi internet. Biasanya penceroboh melakukannya untuk cuba mendapatkan capaian lain kepada komputer yang dirangkaikan kepada anda. Anda boleh membuang sebarang pelayaran web anda bagi menyusahkan orang lain mengetahui di mana anda pernah pergi dalam internet.



Anda boleh sembunyikan PC anda dan anda juga tidak mahu orang lain mengetahui kepada anda pernah berlayar dalam internet. Sebabnya ialah untuk mengelakkan rahsia anda terbongkar contohnya rancangan percutian bersama keluarga. Atau anda juga sedang menyimpan maklumat penting syarikat yang ditugaskan kepada anda.



Berikut adalah beberapa petua untuk Internet Explorer 5.5, anda akan dapati beberapa persamaan dengan Netscape, Opera, atau versi IE yang lain. Tetapi pelayaran ini tidak boleh mengelakkan anda daripada dikesan oleh ISP anda seperti Jaring atau TMNet.



Jangan senarai diri anda

Setelah anda melayari internet anda dan jika anda akan meninggalkan PC anda buat sementara pastikan yang anda telah memutuskan pelayar web anda dengan sejarah pelayaran anda tadi. Senarai History IE adalah senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Ia merupakan satu kaedah mudah untuk mendapatkan semula laman web yang pernah anda lawati tanpa menggunakan Favorites. Anda boleh mendapatkan laman-laman yang anda lawati sebelum ini menerusi Address Bar dan History akan menyenaraikan URL yang pernah anda lawati.



Fail History merupakan sebuah senjata serampang dua mata. Klik Tools, Internet Options, dan Clear History untuk membuangkan segala senarai laman-laman web yang telah anda lawati. Cara ini juga akan membuang senarai URL pada Address Bar. Anda boleh menukar jumlah hari atau jangkamasa URL boleh disimpan dalam History. Kurangkan jumlah hari untuk memendekkan jangka hayat URL dan tingkatkan jumlah hari untuk memanjangkan jangka hayat URL.



Jika anda mahu membaca fail History, klik Start, Find dan Files Or Folders. Taipkan History dalam medan Named. Dalam Look In, klik Local Hard Drives. Klik Find Now. Anda akan dapat mencari fail History file dalam C:WINDOWSHISTORY. Membuang bahagian tertentu dalam folder ini idak akan membuangkan sebarang maklumat yang terdapat pada Address Bar.



Satu lagi cara yang baik ialah untuk membuangkan cache IE atau fail Temporary Internet. IE dan pelayar web lain akan menyimpan salinan laman, foto dan grafik dalam folder berikut C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES semasa anda layari web. Jika anda tidak ia akan menyalin semua kandungan laman-laman web yang pernah anda kunjungi atau setiap kali anda kunjungi. Pada Internet Options General tab, klik Delete Files dan OK.

Bersihkan jejak anda


Kebanyakan laman web meletakkan fail kecil yang dinamakan cookies ke dalam PC anda. Cookies biasanya membantu laman web untuk mengingati anda dan sebarang spesifikasi peribadi anda semasa anda melayari laman web tertentu. Sesiapa sahaja boleh mencari sebarang maklumat atau sejarah pelayaran web anda jika mereka pergi ke C:WINDOWSCOOKIES atau C:WINDOWSTEMPORARY INTERNET FILES.


Anda boleh membuang sebarang cookies daripada folder anda satu-persatu. Cara yang mudah adalah untuk menutup ruang untuk cookies semasa anda melayari web. Pada Internet Options, pilih Security dan Custom Level, pergi ke Cookies dan klik Disable pada semua yang berkaitan dengan cookies.

Petua-petua ini adalah untuk pengguna di rumah sahaja. Jika anda menggunakan komputer di pejabat pastikan yang rangkaian anda telah mempunyai polisi rangkaian yang baik. Kini dengan pelbagai ancaman daripada dunia luar seperti internet, syarikat hendaklah pastikan bahawa rangkaian mereka selamat dan tidak bervirus.

Memastikan RAM benar-benar Rosak

Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak. Caranya:- mudah saja.



1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM, apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna.



2. Cabut RAM anda
Banyak komputer saya dah cuba bagi tips ni, Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu], raba atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering. Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.



3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut. Anda boleh baca post saya tentang Tip Penjagaan Persekitaran Komputer.



4. Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak.



Cuba dulu tips nie sebab banyak komputer saya baiki, pelanggan cakap RAM rosak.. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card..

Pelbagai Tips Menarik

Di sini kami ada sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!


Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Memilih File
Untuk memilih beberapa file sekali gus yang tidak tersusun tekan Ctrl dan klik kiri pada file

Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z

Untuk menghentikan "downloading web page"
Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.

Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.

Menaip URL pada Address Bar
Jika anda menggunakan Internet Exploreratau Mozila Firefox. Anda tidak perlu menaip "http://www.familiazam.com" di adress bar, sebaliknya anda hanya perlu taip "familiazam" sahaja dan kemudian tekan Ctrl + Enter. Begitu juga lain-lain URL yang bermula dengan http://www. dan berakhir dengan .com
- Shift+Enter: Untuk alamat .net
- Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org

Mencetak dari web
Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik

Membuka satu tetingkap IE baru
Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.

Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.

Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.

Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.

Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.

Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD
tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd
tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan
butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer. Ini memudahkan anda sekiranya memeriksa kandungan beberapa keping disket secara berterusan.

Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
F1- melancarkan help
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)

Jika PC selalu reboot sendiri berulangkali

Jika PC anda selalu reboot berulangkali hingga menganggu kerja anda, tak sempat nak save file dan sebagainya, Buka chasing, tanggalkan RAM dan batri bios. Hidupkan PC selama 5 minit. Ia akan berbunyi tit tit kerana ketiadaan RAM (Jangan Takut). Lepas 5 minit tutup PC anda dan pasangkan semula RAM, batri bios dan chasing kemudian hidupkan PC anda seperti biasa. InsyaAllah tidak akan selalu reboot berulangkali lagi kecuali ada kerosakkan hardware seperti RAM contohnya. Jangan gunakan RAM yang berlainan jenama kerana ia menjadikan pc tidak setabil.

Lajukan Defrag

1. Klik Kanan My Computer.
2. Properties
3. Performance.
4. Virtual Memory.
5. Let me specify my own virtual memory settings.
6. Disable Virtual Memory.
7. OK, Yes, Close & restart komputer.
8. Defrag.
9. Ulang Langkah 1 - 4. (Untuk mengembalikan Virtual Memory kepada keadaan asal).
10. Let Windows manage my virtual memory settings.
11. OK & restart komputer.

Mengubah Icon Pada Start Menu

Nak Ubah Icon kat start menu
memula pegi kat regedit ( start > run > regedit )
cari ni HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\Shell Icons
klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth: "C:\My Documents\Icon\Marjuana.ico"
pastu restart computer Ngam Whoo...

Kalau nak ubah Documents kat start menu pun cam tu cuma ubah no 19 ke
no 20 dan letak lah location

Contoh
No 19 - Icon Program
No 20 - Icon Documents
No 21 - Icon Settings
No 22 - Icon Find
No 23 - Icon Help
No 24 - Icon Run
No 27 - Icon ShutDown
No 43 - Icon Favorites
No 44 - Icon Log Off

Singkatkan reboot

Reboot selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sesebuah perkakasan telah dimasukkan atau sesuatu software di save didalam komputer dimana arahan meminta komputer di rebootkan. Kita 'restart' komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu SHUTDOWN (untuk OS Windows) tapi disini terdapat satu cara untuk mempercepatkan reboot. Anda pilih 'restart', kemudian sebelum anda menekan 'ok', anda tekan dan tahan (hold down) butang shift sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang 'ok'. Dengan cara ini, komputer akan 'skip' detecting hardware dan konfigurasi sistem dan ini menjimatkan masa anda yang mempunyai banyak software dan hardware untuk di'install'

Shortcut Key Windows

Untuk melajukan serta memudahkan kerja anda, gunalah shorcut key yang disenaraikan di bawah ini..
window+d untuk minimize/maximize window
window+e untuk buka windows explorer
window+r untuk buka RUN
window+f untuk SEARCH
window+l log off user
window+u utility manager

Shortcut Untuk ShutDown, Restart

Memula buat shortcut > Klik kanan desktop > New > Shortcut > Rundll.Exe
Lepas tu klik kanan kat shortcut tadi letak command kat bawah ni
Untuk ShutDown...
Shut Down - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindows
Untuk Restart Komputer
Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
Untuk Restart Komputer tanpa rebooting
Faster Restart - C:\WINDOWS\RUNDLL.EXE user.exe,exitwindowsexec

Penggunaan system restore bagi Windows XP

system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh2 tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'.
cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:
1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox.
2. banyak menu link yang keluar dan pilih "run the system restore wizard".
3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point.

Scan Disk & Disk Defragmenter

Scan Disk & Disk Defragmenter 1
Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.
Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.
1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.
Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.

Scan Disk & Disk Defragmenter 2
On komputer anda dalam save mode, kemudian buatlah scandisk dan defragment seperti biasa. Lepastu restart komputer anda. Pasti anda dapat scandisk dan defrag dengan lebih cepat. (Tidak sesuai untuk window XP)

Memori (RAM) tak cukup

1.select wallpaper none
2.jangan bukak lebih dari 1 program dalam sesuatu masa...sat gi 'hang'
3.off semua program yg run kat windows..tekan ctrl+alt+del off semua program kecuali 'explorer' & 'systray'

Mengubah Registration Windows

Kalau nak ubah Registration Windows menggunakan registry file
Pergi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
klik kanan > New > String value
Kalau Registered Owner rename file
rename kan file tadi menjadi > RegisteredOwner
pastu dwi klik dan taip le Owner name
Cth: WarCrewz

Restart komputer dengan 2 klik sahaja

1. Cipta New Shortcut yg baru pd Desktop.
2. Pada ruang command line, paste arahan ini:
C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
3. Klik Next
4. Namakan shortcut sebagai Restart
5. Klik Finish

Melajukan Dail tone

Start menu > Setting > Control Panel > klik Modem
Properties > Connection > Advanced > Dlm kolum Extra Settings sila taipkan s11=50

Reset Bios

Shut downkan computer. Buka casing cpu cari mana bateri bios tu ... di situ ada satu bahgian jumper ( 3 pin ) dengan satu 'jumper caps' yang tutup 2 daripada 3 pin tu...!!
( ditutup pada pin no 1&2 - )

Buka jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 ) dan cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 ...
( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )...
biar selama 5 saat... dan pasang semula spt asal...
masukkan jumper caps pada pin 1&2 semula. Semasa melakukannya pastikan offkan suis letrik.

Sambungan Modem

Anda tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung.
Klik Start, Setting dan Control Panel. Klik ikon Modems. Klik Properties, Connection dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50.
Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.

Modem Senyap

Untuk menghilangkan bunyi bising modem semasa dialing, anda perlu :
- Klik Start Button
- Pergi kepada Setting, Control Panel
- Klik Modem
- Pergi kepada Properties
- Klik pada tab Connection di atas
- Klik pada butang Advanced
- Pada kekotak Extra Setting taipkan N0

Subtitle Downloader 2.0.6

Simple Windows application for downloading movie subtitles.

· automatic subtitle search!
· manual subtitle search by criteria (movie title, year)
· publishing new subtitles (must register first - free)
· available in Slovene and English language
· application is free
· auto updates
· Windows Explorer context menu integration
· easy to use and moder look


Download:

Click Here

Cari Sound Effects

Kalau sebut sahaja video mesti disertakan sekali dengan audio.Jika video canggih tapi tidak mempunyai audio adakah menarik minta anda untuk menontonnya.Memasukkan audio ke dalam video salah satu cara untuk memberi gambaran dengan lebih jelas mengenai video tersebut.

Bentuk audio yang dimasukkan seperti suara orang , bunyi-bunyi haiwan , lagu , sound effect dan sebagainya.Beberapa hari yang lepas saya ada menemui satu enjin carian yang dibina khas untuk mencari sound effect.Format yang disediakan adalah dalam bentuk AIFF,AU,MP3,WAVE.

Enjin carian yang saya maksudkan adalah Findsounds.com.Anda boleh cuba menggunakan enjin carian ini untuk mengetahui hasilnya.Mungkin terdapat banyak lagi enjin carian yang khas untuk mencari sounds.Jika anda mengetahui website yang berunsur audio atau sounds boleh berkongsi dengan saya.

http://www.findsounds.com/
http://www.ilovewavs.com

Cara lebih sempurna untuk membuang anti virus

Terdapat pelbagai perisian anti virus sama ada yang percuma ataupun sebaliknya yang boleh dimuatturun. Oleh itu adalah tidak menghairankan jika pengguna komputer seringkali menukar anti virus mereka.

Ketika membuang perisian anti virus lama untuk diganti dengan anti virus baru, seringkali aplikasi Add/Remove Windows tidak membuang sepenuhnya perisian anti virus lama tersebut. Masih terdapat maklumat tentangnya dalam registry.

Steve Yu, blogger MyTechQuest telah menyenaraikan aplikasi khusus untuk membuang anti virus dari PC anda.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati MyTechQuest….

Thursday, May 7, 2009

Bina webserver pada komputer anda

Kali ni saya akan menerangkan dan merungkai misteri disebalik pembinaan webserver yang mempunyai Apache, PHP dan MySQL didalam komputer adik-adik. Tujuan utama berbuat demikian supaya adik-adik dapat mencuba apa-apa web-based program yang berasaskan PHP di dalam komputer adik sendiri tanpa perlu mengupload ke dalam hosting sekiranya adik-adik hanya ingin melakukan testing terhadap program web-based tersebut.

Sebelum itu perlu saya ingatkan, webserver mini kita ni hanya sesuai untuk tujuan testing sahaja dan amat tidak sesuai untuk tujuan production. Maksud tujuan production ialah sekiranya adik-adik terfikir dalam hati “Pehh… boleh la aku jual hosting lepas ni.. hehehe“, abang nasihatkan adik-adik lipat niat tersebut elok-elok dan simpan dalam almari. Ini kerana, untuk membina production webserver adik-adik memerlukan sebuah bilik server yang bersuhu sejuk, raised-floor, connection internet yang bapak laju dan sebuah server yang dapat menampung beribu-ribu request dalam satu-satu masa. Last-time masa abang kerja ngan satu kompeni hosting pada tahun 2003, satu bilik kecik(besar toilet kot) di sebuah Data-center yang bertempat di Cyberjaya berharga rm8k sebulan dan itu tidak termasuk server. Harga sekarang tak pasti la pulak. Ok, sebelum saya melalut dengan lebih lanjut, mari kita lihat apa langkah yang seterusnya.

1. Download Pre-Install Apache

Maksud pre-install ialah kita tak perlu compile apa-apa modules. Cuma jalankan installasi, lepas tu siap. Antara contoh pre-install Apache yang ada dipasaran:

Kebaikan pre-install ini ialah semua program yang kita perlukan seperti PHP, MySQL dan PHPmyAdmin ada dalam satu pakej, jadi ini pasti memudahkan kerja kita.

Untuk pembelajaran kita kali ni, saya akan tunjukkan cara installasi AppServ. Kenapa AppServ? sebabnya abang pakai program tu. Kalau adik-adik nak cuba yang lain, saya galakkan adik cuba sendiri. Kalau tak dipecahkan ruyung mana mai sagunya, kan?

Klik disini untuk download AppServ 2.5.10 yang menggunakan Apache 2.2.8, PHP 5.2.6, MySQL 5.0.51b dan phpMyAdmin-2.10.3.

Selepas selesai download, jalankan file tersebut.

1. Klik ‘Next’

apserv01

2.Kalau adik-adik rajin nak baca license agreement bagus lah, kalau malas adik klik ‘I Agree’.

apserv02

3. Jika adik ingin menukar nama folder dan lokasi, klik ‘browse’ dan pilih lokasi. Tetapi abang syorkan guna default(c:\AppServ). Klik ‘Next’ untuk meneruskan instalasi.

apserv03

4. Pastikan semua komponen dipilih. Jangan tinggal satu pun. klik ‘Next’.

apserv04

5. untuk memudahkan kerja, isi localhost dalam kotak ‘Server Name‘ dan bagi ‘Apache HTTP Port‘, gunakan 80. Untuk Administrator Email, adik-adik boleh guna alamat email yang adik suka.

apserv05

6.Skrin seterusnya ialah untuk Konfigurasi MySQL. Isi password pilihan adik-adik. Sebagai contoh, abang gunakan ‘root‘ sebagai password.

apserv06

7. Proses instalasi sedang berjalan. Sila tunggu sebentar. Mungkin adik boleh periksa apa-apa mesej facebook atau myspace terbaru. Hehehe…

apserv07

8. Setelah selesai, pastikan Start Apache dan Start MySQL dipilih. Klik ‘Finish‘.

apserv08

9. Berkemungkinan besar, Kotak pertanyaan Windows akan tertera seperti dibawah. Pastikan adik klik ‘Unblock‘.

apserv09

Sekiranya tiada apa-apa error, berkemungkinan besar proses instalasi kita telah berjalan dengan lancar dan kemas. Buka apa-apa browser pilihan hati adik dan buka URL: http://localhost/

apserv10

Tahniah, sekarang adik-adik telah mempunyai sebuah webserver mini didalam komputer kesayangan adik. Heppy tak?

Akan tetapi, kita perlu melakukan beberapa tweaking kepada konfigurasi Apache(httpd.conf). Mari kita mulakan.

Start > All Programs > AppServ > Configuration Server > Apache Edit the httpd.conf Configuration File

Applikasi Notepad akan tertera dan adik-adik akan dapat melihat konfigurasi Apache. Buka fungsi ‘Find‘ dan taip ‘mod_rewrite‘, klik ‘Find‘. Adik perlu menukarkan barisan text dibawah:

#LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so

kepada

LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so

Kemudian Save. Tujuan kita berbuat demikian ialah untuk memastikan fungsi htaccess kita dapat digunakan. Ini amat penting sekiranya applikasi kita memerlukan htacces untuk beroperasi. Sekarang kita perlu restart service Apache.

Start > All Programs > AppServ > Control Server by Service > Apache Restart

Yey! Tapi bang, kat mana lokasi untuk simpan file?

Lokasi folder www kita ialah:

C:\AppServ\www

Abang syorkan adik buat shortcut ke desktop. Nanti senang nak akses.

phpMyAdmin

Kegunaan aplikasi ini ialah untuk menguruskan database MySQL. Untuk mengakses phpMyadmin, buka url

http://localhost/phpmyadmin/

Satu kotak pertanyaan akan menerjah adik-adik. Jangan gusar, kita perlu lawan balik dengan mengisi

Username: root
Password: root

Di lain masa abang akan menerangkan secara ringkas bagaimana mahu menggunakan phpMyAdmin.

Tricks

Tahukah adik-adik dapat menukar nama localhost dengan nama pilihan adik-adik? Kita akan menggunakan fungsi HOSTS yang ada pada Windows. Lihat cara-caranya dibawah:

Buka file hosts dengan menggunakan Notepad. Lokasi hosts berada di

C:\WINDOWS\system32\drivers\etc

Cari baris text seperti dibawah

127.0.0.1 localhost

Sedikit info, 127.0.0.1 ialah nombor IP localhost komputer adik. Sebagai contoh, adik boleh gunakan 127.0.0.1 atau localhost untuk mengakses webserver mini adik-adik. Jadi, sekarang kita akan menukar nama localhost kepada nama lain. Ganti nama localhost dengan nama pilihan adik. Sebagai contoh, abang gunakan nama abangserver. Lihat contoh dibawah.

127.0.0.1 abangserver

Kemudian save. Buka browser internet adik-adik, dan buka URL : http://abangserver/

Magic tak? Adik-adik juga boleh menggunakan nama domain seperti .com, .net, .org atau lain-lain. Tetapi awas, sekiranya adik gunakan yahoo.com atau apa-apa domain yang wujud sebagai nama localhost, windows akan pergi localhost, bukan laman web yahoo.

Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan yang ada pada webserver mini kita. Antaranya ialah sebarang fungsi mail() tidak dapat digunakan kerana adik-adik perlu membina pula sebuah mail server dan tiada fungsi FTP.

Nampaknya itu saja yang dapat abang tunjukkan untuk kali ni, walau pun info ni tak seberapa, abang harap ianya dapat mengisi dan membantu adik-adik dalam melalui pancaroba kehidupan sebagai seorang webmaster.

Tuesday, May 5, 2009

Cara-cara Mengatasi Virus Komputer

Langkah-langkah Pencegahan Virus
Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati. Amalan ini haruslah menjadi keutamaan pengguna komputer. Antara langkah-langkah awal ialah ;

1. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui puncanya.
Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan write-protect disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat menulis dirinya kedalam disket tersebut.

2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy)
Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.

3. Jangan membuka emel yang mempunyai attachment
Teknologi internet telah dipergunakan sepenuhnya oleh penulis virus. Virus kini mampu disebarkan melalui pembacaan emel yang telah tercemar. Kebanyakan emel ini akan mengandungi fail attachment. Kadang-kala ia tetap mengandungi virus walaupun dihantar oleh orang yang anda kenali.
Pastikan anda menelefon kenalan anda, bagi mempastikan adakah beliau benar-benar telah menghantar emel yang mengandungi fail attachment kepada anda.
Antara virus yang menggunakan teknologi ini ialah ;
Anna Kournikova, Sircam, Code Red, Nimda dan ILoveYou.

4. Gunakan Perisian Anti-Virus.
Perisian anti-virus ialah perisian utiliti untuk mengesan dan memusnahkan virus. Terdapat perisian ini yang boleh didapati secara percuma di Internet antaranya ;

a. AVG Anti-virus
b. Free Anti-Virus
c. Innoculate IT (terdapat untuk OS windows95 keatas dan juga Palm OS)

Manakala anti-virus yang dijual dipasaran ialah ;
a. Mc Afee Anti-Virus
b. Norton Anti-Virus
c. Pc-Cillin
d. Armour Anti Virus
e. VBuster
f. Virus Rx (untuk komputer Apple)

Kebanyakan perisian anti-virus ini boleh di upgrade bagi mempastikan ia mengandungi pangkalan data anti-virus terkini. Ia juga kadangkala menawarkan bantuan segera kepada pengguna berdaftar.

VBuster umpamanya adalah perisian anti-virus yang amat terkenal malah ia digunakan oleh NASA. Ia dicipta oleh Dr. Looi Hong Thong yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia.


Mengenali tanda-tanda komputer anda diserang virus
Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika komputer anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah diserang virus.

Disket

1. Terdapat bad sector pada disket
2. Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
3. Terdapat mesej di dalam directory disket anda.
4. Volume label telah berubah
5. Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut.

HardDisk

1. Harddisk mengambil masa yang lama untuk boot.
2. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan
3. Terdapat bad sector
4. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
5. Jumlah saiz fail berubah.

Komputer

1. Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin
2. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya
3. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.
4. Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.

Cara-cara untuk menangkap Trojan

Jenayah komputer seringkali bersedia dan menunggu untuk mengancam kelemahan sesuatu sistem. Apabila mereka memperdaya, mereka selalunya akan meninggalkan program pada sistem mangsa. Biasanya program-program ini dipanggil sebagai "Trojan" bersempena kisah kuno Greek iaitu Trojan horse. Kebanyakan program-program ini akan dikompil dengan cara yang unik dan tidak disebarkan secara meluas bagi mengelakkan perisian anti-virus mengecam kehadiran mereka.

Artikel ini akan menjelaskan proses reverse engineering trojan. Selain trojan, proses yang berjalan pada sistem yang tidak sah oleh pentadbir juga dikenali sebagai virus dan spyware. Artikel ini diharapkan akan menjadi satu tutorial lengkap, dengan menyenaraikan beberapa tool dan keterangan langkah-langkah untuk menangkap trojan. Berbekalkan pengetahuan ini, seseorang yang telah mahir di dalam pengaturcaraan bahasa himpunan (assembly) harus mampu untuk melihat dengan lebih dalam lagi program trojan dan mengenalpasti sifat-sifatnya.

Peralatan yang diperlukan
Sepertimana bidang kejuruteraan, anda memerlukan beberapa peralatan. Saya akan menyentuh alat-alat yang boleh digunakan oleh kedua-dua sistem operasi Unix dan juga Windows, contohnya seperti program Cygwin, selain Unix program ini juga boleh digunakan dalam platform Win32. Namun begitu, apabila anda menyahkompil/menyahhimpun/menyahralat sesuatu kod, penggunaan di dalam Windows akan melibatkan kos yang tinggi, sedangkan penyelesaian kepada Unix adalah percuma sama sekali. Pastikan anda telah mempertimbangkan kos bekerja dalam Windows dan kelebihan-kelebihannya jika memilih Windows sebagai platform reverse-engineering.

Beberapa arahan berguna Unix ialah:


  • dd - menyalin raw device, berguna untuk menjalankan analisis pada cakera
    keras sistem yang diancam tanpa memberi kesan pada keutuhan bukti penceroboh.

  • file - cuba untuk mengenalpasti identiti jenis fail berdasarkan pada kandungan fail tersebut

  • strings - menghasilkan output string dari program exe.

  • hexedit - membaca dan menyunting fail binari

  • md5sum - mencipta hasiltambah unik fail untuk kegunaan perbandingan

  • diff - membuat perbandingan dua fail

  • lsof - menunjukkan semua fail terbuka dan soket melalui proses

  • tcpdump - menghidu paket network

  • grep - mencari string dalam fail



Memampat Fail EXE
Trojan biasanya dimampat dengan pembungkus executable (executable packer). Ini bukan sahaja menjadikan kod lebih mampat, tetapi juga mengelakkan data string di dalamnya dari dilihat oleh arahan strings dan hexedit. Program pemampat yang paling banyak digunakan ialah UPX, di mana ia boleh memampat binari Linux atau Windows. Terdapat juga beberapa pemampat lain yang boleh digunakan, tetapi kebanyakannya hanya untuk Windows sahaja. Mujurlah UPX ialah satu-satunya pemampat yang juga membekalkan buku panduan (manual) nyahmampat (decompress) untuk mengembalikan fail asal.

Secara lazimnya, menggunakan arahan "strings" atau memeriksa Trojan dengan hexedit sepatutnya memberikan string fail yang banyak dan lengkap. Jika anda melihat karakter binari secara rawak atau teks yang berselerak, fail tersebut sebenarnya telah dimampatkan. Dengan menggunakan grep atau hexedit, anda boleh mencari string "UPX" pada salah satu tempat di dalam fail tersebut jika ia dimampat menggunakan UPX. Jika tidak anda mungkin perlu menggunakan pemampat yang lain.

Menyahkompil (Decompile)
Kadang-kala anda akan bernasib baik jika anda mendapati Trojan tersebut ditulis dalam bahasa penterjemah atau separuh-penterjemah seperti Visual Basic, Java mahupun Perl. Terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan untuk menyahkompil mengikut peringkat bahasa yang digunakan.


  • Visual Basic - Anda boleh menggunakan peralatan seperti Compuware's SmartCheck untuk mengesan (traces) penjemput di dalam program. Meskipun penunjuk outputnya bukanlah dalam bentuk senarai kod sumber (source code), tetapi anda boleh melihat apa sahaja yang sedang berlaku di dalam program tersebut.

  • Java - Terdapat satu penyahkompil (decompiler) yang dipanggil Jad, di mana ia boleh menyahkompil (decompile) sesuatu source code dan boleh dikompil (compile) semula.

  • Perl - Program Perl yang dikompil ke dalam Windows executable boleh di kurangkan pendedahan skripnya dengan menggunakan exe2perl.



Menyahhimpun (Disassembly)
Jika sesuatu Trojan ditulis di dalam bahasa penghimpun, anda perlulah menggigit pelurunya dengan menyahhimpun (disassemble) kod tersebut ke dalam bahasa himpunan (assembly). Untuk versi Unix, objump adalah pilihannya. Untuk Windows, anda mempunyai pilihan sama ada IDA Pro ataupun W32dasm. Di sana terdapat versi IDA yang diedarkan secara percuma yang setanding dengan IDA Pro, tetapi menggunakan antaramuka konsol yang membosankan. Program-program ini akan menyahhimpun kod anda, memadankan string di dalam segmen data, melihat cara bagaimana program tersebut diguna pakai sehinggalah anda boleh melihat pengasingan subrutin. Ia juga akan berusaha untuk menunjukkan penjemput API Windows. Cara output sebegini juga dikenali sebagai senarai-maut bagi kebanyakan cracker di mana ia boleh memberikan gambaran sebenar tentang bagaimana program tersebut berjalan secara dalaman.

Menyahralat (Debugging)
Walaupun anda telah mempunyai senarai-maut, anda juga perlu menggunakan program penyahralat (debugger) untuk melangkah masuk ke dalam kod program, terutama sekali jika trojan tersebut berhubung melalui soket network. Ini memberikan anda akses terhadap memori dan pembolehubah (variable) yang disimpan di dalam program tersebut, dan juga semua data yang dihantar/diterima dari soket komunikasi. Untuk Unix gdb adalah penyahralat pilihan. Ia telah lama menjadi darah daging Unix, dan didokumentasikan dengan baik, dan yang paling penting, ia diedarkan secara percuma. Untuk Windows, anda mempunyai lebih banyak pilihan tetapi kebanyakan tutorial reverse engineering lebih tertumpu kepada penggunaan SoftICE.

Bersedia untuk Nyahralat
Anda perlu berhati-hati apabila melancarkan kod trojan ini, walaupun menggunakan penyahralat (debugger). Jangan sekali-kali menyahralat Trojan di dalam network pengeluaran (production network). Seelok-eloknya anda memasang satu makmal network (lab), seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.



Rajah 1: Contoh network untuk tujuan nyahralat

Sistem nyahralat perlulah mempunyai sistem operasi yang baru dipasang yang menjadi sasaran utama trojan, dengan sistem kedua yang berfungsi sebagai firewall. Sistem ketiga pula diletakkan di dalam network adalah bertujuan untuk membenarkan anda untuk melancarkan servis dan menangkap (capture) segala trafik yang dihasilkan oleh trojan. Menangkap trafik boleh membosankan kerana ia perlu mengesan kod punca jangkitan dengan teliti. Pastikan anda menghalang (firewall) semua sambungan keluar (outbound), hanya benarkan trojan mengawal keadaan. Jika anda tidak ingin guru atau master anda tahu yang anda sedang melancarkan trojan di dalam network, anda boleh memasang servis yang menyerupai atau mimik sumber yang diperlukan oleh trojan, contohnya seperti pelayan IRC atau FTP.

bersambung...

Ancaman TCP/IP

Akses Tanpa Kebenaran
Terdapat banyak cara boleh digunakan oleh penyerang untuk mendapatkan akses ke atas rangkaian. Salah satu daripadanya ialah dengan mendapatkan kata laluan. Kata laluan pula akan diperolehi melalui beberapa cara antaranya ialah:

Fizikal
Kata laluan sistem akan dicari di tempat-tempat fizikal seperti atas meja, dalam laci, bakul sampah atau di dalam dompet mangsa. Jika anda seorang yang gemar menulis kata laluan di atas secebis kertas, sila pastikan anda simpan di tempat-tempat yang diyakini selamat.

Trojan Horse
Trojan horse ialah salah satu program yang biasa digunakan oleh penceroboh untuk mendapatkan kata laluan. Ia bertindak dengan menangkap username dan kata laluan.

Trojan juga boleh ditanam di tempat-tempat awam seperti kafe siber, makmal komputer dan pejabat yang menggunakan akses terminal atau stesen kerja. Jika anda sering mengakses rangkaian anda dari tempat-tempat awam, sila berikan perhatian yang lebih terhadap keselamatan.

Tekaan
Kata laluan yang mudah dan lemah juga terdedah kepada bahaya. Selain dari membuat tekaan kata laluan secara rambang, penceroboh juga boleh menggunakan tekaan secara desakan (brute-force).

Teknik-teknik yang disebutkan di atas adalah cara yang biasa digunakan oleh seseorang penceroboh untuk mendapatkan kata laluan sistem sekaligus mengawal keseluruhan rangkaian anda.

Rampasan Sessions (Sessions Hijacking)
Rampasan sessions berlaku apabila terdapat kerentanan (Vulnerability) pada protokol TCP. Disebabkan Protokol TCP membentuk sessions di antara dua hos, penyerang boleh menyusup masuk dengan memasukkan paket IP palsu ke dalam aliran network dan penyerang boleh menjadi sebahagian daripada sessions tersebut. Teknik rampasan sessions biasanya digunakan oleh penyerang yang ingin menukar kata laluan pentadbir dengan melepaskan arahan ke dalam rangkaian.

Namun begitu, bukanlah satu tugas yang mudah bagi seseorang penggodam untuk memperdaya protokol TCP kerana teknik Rampasan sessions memerlukan peralatan yang istimewa. Salah satu alat yang popular untuk tujuan ini dipanggil Juggernaut.

Lencongan (Rerouting)
Lencongan atau 'Rerouting' melibatkan aktiviti menghala trafik ke destinasi yang bukan sepatutnya. Ini boleh dilakukan jika terdapat kerentanan (Vulnerability) pada router. Serangan jenis ini kadang kala dipanggil 'suntikan haluan' atau 'route injection'.

Penyamaran (Masquerade)
Serangan jenis ini berlaku apabila penyerang mengubah alamat IP pada bahagian paket dengan alamat IP yang palsu. Penyamaran ini boleh digunakan untuk mendapatkan akses tanpa kebenaran.

Penafian Servis (Denial of Service)
Serangan jenis ini agak sukar untuk dihentikan apabila ia terjadi. Ini kerana penyerang tidak memerlukan sebarang hak atau keistimewaan pada sistem. Tujuan utama serangan ini ialah untuk mengikat sistem dengan terlalu banyak permintaan (request) hingga menyebabkan kesesakan pada sistem.

Salah satu serangan penafian servis paling merbahaya ialah jenis agihan. Penggodam-penggodam yang terlibat dengan aktiviti ini akan menggunakan komputer jarah jauh dan mengarahkan komputer lain untuk melancarkan serangan secara serentak. Kadang-kala terdapat beratus atau beribu komputer yang turut serta dalam serangan semata-mata untuk melumpuhkan satu alamat IP.

Kebanyakan serangan penafian servis akan melibatkan peralatan piawai TCP/IP. Peralatan paling popular ialah Smurf yang menggunakan program Ping untuk melepaskan sejumlah besar jawapan ping kepada mangsa. Penyerang biasanya akan menghantar permohonan ping ke seluruh rangkaian secara terus menerus. Ini akan menyebabkan kesemua komputer yang berada di dalam rangkaian tersebut untuk menjawab permohonan tersebut. Jika penyerang menggunakan lebih dari satu rangkaian sebagai pengkalan dan melancarkan serangan secara serentak, satu banjir besar akan berlaku.

Jika anda berhati-hati membuat konfigurasi pada router, anda boleh mengelakkan serangan jenis ini.



Rajah 1: Sasaran yang sarat dengan permohonan (request) atau respon dari banyak rangkaian.

Serangan Adware

Jika anda gemar memuat turun lagu dan video baru dari internet, anda perlu berhati-hati kerana fail-fail ini mungkin telah dimasukkan dengan iklan tanpa sedar atau adware.

Didapati sesetengah fail Windows Media yang diperoleh dari rangkaian peer-to-peer seperti Kazaa mengandungi sejenis kod yang boleh menghasilkan iklan popup atau adware. Fail-fail ini kelihatan sepertimana lagu biasa dan video pendek dalam format Windows Media, tetapi telah dimasukkan dengan pelbagai jenis pop-ups dan ada diantaranya cuba untuk merampas (hijack) alamat homepage pada pelayar web.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko serangan adware:

Aturan pada Windows Media Player
Pilih Tools -> Options -> Privacy dan nyahaktifkan Acquire licenses automatically for protected content. Dengan ini, satu dialog amaran akan dipaparkan kepada anda setiap kali fail cuba untuk mendapatkan lesen dari alamat tapak web sumber. Jika anda ragu-ragu dengan tapak web tersebut, pilih "No".

Aturan pada Internet Explorer
Minimumkan penggunaan ActiveX control. Dalam IE pilih Tools -> Internet Options -> Security dan klik Custom Level.

Aturan pada Automatic Updates
Aktifkan fungsi Automatic Updates di dalam Windows anda. Untuk penerangan lanjut, sila baca artikel Menggunakan Automatic Updates Secara Efektif.

Gunakan perisian pop-up blocker
Perisian ini boleh mengelakkan tetingkap atau iklan tanpa sedar keluar pada skrin anda.

Gunakan perisian Anti Hijacker
Perisian ini boleh mengelakkan aktiviti rampasan pada alamat Home Page IE.

Anda boleh menggunakan perisian PC Security bagi melindungi alamat Home Page anda.

Gunakan Firewall
Gunakan perisian pendinding api seperti ZoneAlarm. Jika anda menggunakan Firewall Windows, pastikan firewall memantau semua paket yang keluar masuk dari komputer anda.

Perbezaan Adware dan Spyware

Adware
Adware ialah program komputer atau perisian iklan tanpa sedar yang diselitkan ke dalam perisian di mana ia akan dimuatkan ke dalam memori apabila program tersebut dilancarkan. Wajarnya adware ialah seseorang pengaturcara itu boleh memasukkan iklan sebegini bagi menampung kos pembangunan sesebuah perisian yang dibangunkan. Adware akan dijadikan satu alternatif oleh pembangun untuk menggalakkan penggunanya supaya mendaftarkan perisian tersebut secara sah dengan membayar yuran pendaftaran bagi menghapuskan iklan-iklan tersebut. Biasanya adware di hasilkan dalam bentuk pop-up yang keluar pada desktop anda apabila sesuatu program itu ditutup atau dimulakan.

Spyware
Spyware pula merujuk kepada apa-apa perisian yang melaksanakan sesuatu tugas atau proses yang berjalan tanpa pengetahuan pengguna. Spyware amat merbahaya berbanding Adware kerana proses tersebut mungkin digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat sensitif yang terdapat di dalam komputer anda. Sebaik sahaja spyware terpasang di dalam komputer, program atau proses tersebut akan memantau pengguna di Internet dan menghantar maklumat-maklumat anda secara senyap kepada pemilik perisian tersebut atau kepada pihak ketiga. Anda perlu berhati-hati kerana spyware mampu mengumpul maklumat-maklumat sensitif seperti alamat email, kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Spyware boleh dikategorikan sebagai perisian jahat dan ia biasanya digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang menjalankan perniagaan secara online. Oleh itu anda perlu berhati-hati apabila menyertai sesuatu program atau memuat turun perisian yang tidak diketahui puncanya. Jika diteliti, spyware boleh juga disamakan dengan program-program Trojan Horse di mana ia akan dipasangkan ke dalam komputer tanpa persetujuan pengguna.

Cara Spyware bekerja sama seperti mana Adware. Sebaik sahaja dimuatkan ke dalam memori, spyware akan memantau aktiviti pengguna dan mengumpul maklumat anda dan menjualnya kepada pihak-pihak lain.

Oleh kerana spyware wujud dalam bentuk executable, ia boleh juga memantau 'keystroke', mencari sesuatu fail di dalam cakera keras, mengintip aplikasi lain seperti program chat dan Microsoft Word, memasang program tertentu, membaca cookies, menukar alamat Home Page dan banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh berlaku tanpa disedari.

Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan Spyware. Cara terbaik untuk menghalang spyware ialah dengan tidak melayari laman-laman web yang tidak diketahui umpamanya laman-laman web lucah dan juga biasakan diri anda untuk membaca 'License Agreement' sebelum memuat turun sesuatu program freeware atau shareware kerana syarikat-syarikat perisian komersial boleh juga memasang spyware dengan syarat ia dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengguna melalui dokumen persetujuan lesen perisian tersebut.

Bagi mengesan kehadiran spyware, anda boleh melihat perubahan ketara pada sistem anda seperti berubahnya alamat Home Page pada pelayar web, dan juga anda boleh melihat beberapa toolbar ekstra yang muncul secara tiba-tiba pada pelayar web walaupun anda tidak pernah memasangnya sebelum ini. Penambahan pada senarai favorites juga salah satu tanda-tanda yang dimaksudkan. Selain itu jika skrin komputer anda menghasilkan 'pop-up' tetingkap secara tiba-tiba juga menunjukkan komputer anda telah dijangkiti Spyware.

Amat penting sekali bagi anda untuk memastikan komputer anda bebas dari Spyware lebih-lebih lagi jika komputer anda disambungkan ke Internet. Gunakan perisian anti-spyware yang terdapat di pasaran. Bagi pengguna di rumah anda boleh mencuba perisian Anti-Spyware seperti:

Microsoft Defender
Lavasoft Ad-Aware

Bagi tujuan perniagaan, anda boleh menggunakan penyelesaian secara hardware dengan menggunakan:

Firewall Barracuda

Cara Membuang Fail Spyware

Jika anda sering bertembung dengan masalah untuk membuang fail-fail spyware tetapi gagal, cuba tips berikut:

1. Pastikan sistem anda dapat melihat fail-fail sistem dan juga yang tersembunyi.

2. Tutup semua aplikasi.

3. Restart komputer anda dan masuk ke dalam Safe Mode. Program-program spyware lazimnya gagal berfungsi apabila Windows berada dalam Safe Mode.

4. Periksa proses yang sedang berjalan menggunakan CTRL+ALT+DEL dan matikan program yang diragui. Jika anda tidak dapat menggunakan Windows Task Manager, anda boleh cuba menggantikannya dengan utiliti Process Explorer:

http://www.sysinternals.com/Utilities/ProcessExplorer.html

5. Setelah program spyware berjaya dimatikan, sekarang gunakan MS-DOS untuk membuang fail spyware tersebut. Klik Start -> Run taipkan cmd.exe dan klik OK.

6. Arahan untuk membuang fail spyware adalah seperti berikut:

del \folder\namafailtrojan.exe

Arahan Perintah
C:\> del \folder\namafailtrojan.exe


7. Andai fail tersebut masih berdegil, ubah atribut fail tersebut menggunakan arahan berikut:

attrib -r -s -h namafailtrojan.exe

Arahan Perintah
C:\> attrib -r -s -h namafailtrojan.exe


8. Jika masih tidak berjaya, buang menggunakan program Move On Boot

Scan virus/worm/trojan secara online menggunakan Linux live cd

Tutorial ini bertujuan untuk menunjukkan cara menggunakan perkhidmatan online scanning yang dibekalkan oleh pengeluar Antivirus. Penggunaan Linux Live CD bertujuan untuk mengekang virus/worm/trojan dari terus aktif dan merebak ke dalam sistem komputer anda.

Peralatan :

a : Komputer
b : Linux Live CD (Ubuntu, kanotix, knoppix dsb)
c : Thumdrive
d : Talian Internet

* Penulis menggunakan Kanotix Live CD dalam Tutorial ini.

1. Pastikan anda telah set CD-ROM sebagai First Boot dalam Bios komputer anda.

2. Masukkan Linux live cd ke dalam cd-rom anda dan boot. Cucuk USB thumbdrive anda. USB thumdrive akan terpapar seperti gambar di bawah.



3. Aktifkan USB thumbdrive dengan klik pada ikon tersebut di atas.



4. Isi kandungan dalam thumdrive akan terpapar seperti di atas. Tutup Konqueror dan anda akan dapati Ikon USB yang anda aktifkan tadi akan jadi seperti gambar di bawah.




5. Buka browser Firefox dan taip alamat di bawah http://www.trendmicro.com/hc_intro/default.asp
klik "Scan Now, It's Free"



6. Tick dalam tickbox " Yes, I accept the term of use". dan klik pada butang "Launch housecall" di bawahnya.



7. Tunggu seketika. Sistem operasi anda sedang diuji.




8. Tekan butang "Starting Housecall"


9. Sistem scan sedang update component


10. Sekarang pilih butang "Select individual selected folder for malwares


11. Root telah dipaparkan


12. Cari thumbdrive anda. biasanya terletak di media/sda1. Tick dalam kotak supaya seluruh thumbdrive di scan. dan tekan next


13. Tunggu thumbdrive anda discan


14. Hasil Report Scan

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP