Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Sunday, May 10, 2009

Masalah dengan Compaq Presario V3000

Kawan saya kata laptop ini bermasalah. Selalu muncul skrin biru. Maka, saya tiada penyelesaian lain melainkan format dan install semula Windows kerana skrin biru atau nama popularnya BSoD (blue screen of death) memang ciri khusus yang ada pada Windows. Maka, munculnya skrin tersebut bererti ada konflik pada Windows.

Buntu

Akhirnya saya menemui kebuntuan dalam mencari driver. Sebagai permulaan, saya perlu cari driver bagi network adapter supaya mudah saya akses Internet terus melalui laptop yang dibaiki.

Malam pertama saya temui kebuntuan. Maka, usaha membaiki dihentikan seketika.

Driver Magician dan Radar Sync

Akhirnya saya diperkenalkan dengan perisian Driver Magician dan saya berminat untuk mencubanya. Sebelum ini saya pernah menggunakan perisian Radar Sync.

Dimotivasikan dengan kejayaan saya membaiki sebuah laptop lain semalam, saya mula membaiki. Di sini saya kongsikan pengalaman saya menggunakan dua perisian di atas:

1. Driver Magician: Memudahkan saya untuk kesan driver yang diperlukan laptop. Juga disediakan alamat untuk download driver yang disenaraikan. Namun begitu, tidak semua driver tersenarai.

2. Radar Sync: Perisian ini memerlukan Microsoft Framework 2.0 untuk berfungsi. Kali ini driver yang tersenarai agak merapu. Bererti perisian ini kurang tepat dalam mengesan driver yang diperlukan, namun mudah untuk download dan install driver yang berjaya dikesan dengan tepat.

Setelah mengetahui dengan yakin bahawa saya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada perisian-perisian ini untuk mendapatkan driver, saya mula mencari sendiri di Internet.

Cari sendiri

Selain bertanya di Google, antara tempat yang tepat untuk mencari driver laptop adalah laman web syarikat pengeluar itu sendiri. Namun, agak menyulitkan jika anda mencari driver laptop baru untuk Windows XP. Kebanyakkannya menyenaraikan driver untuk Vista. Kawan saya sarankan saya cari driver untuk Windows dari laman web yang berpengkalan di China. InsyaAllah, lain kali.

Masalah terakhir

Dihujung perjuangan saya membaiki laptop ini, saya berdepan dengan masalah terakhir -- speaker tak berbunyi! Hampir-hampir saja saya berputus asa. Namun, setelah bertanya di Google, saya temui penyelesaian.

Saya format kembali dan install Windows. Saya selesaikan masalah driver audio terlebih dahulu sebelum yang lain. Ada dua yang perlu diinstall. Pertama, Microsoft UAA Bus Driver. Kedua, Conexant High Definition Audio Driver. Mesti didahulukan apa yang terdahulu. Tak boleh langkau.

Alhamdulillah, setelah speaker berbunyi, saya teruskan install driver lain sebelum install perisian lain.

Tips-tips lain untuk dikongsi:
1. Cari dahulu driver dalam hard disk sebelum susahkan diri mencarinya di Internet.
2. Selesaikan masalah driver terlebih dahulu sebelum install perisian lain.
3. Tak boleh bergantung kepada satu perisian sahaja. Setiap perisan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP