Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Friday, April 17, 2009

Lindungi ‘Wireless Network’ Anda

Pada masa kini, perkakasan ‘wireless network’ ( rangkaian tanpa wayar ? ), tidak lagi semahal dahulu dan cara memasangnya pun amatlah senang. Oleh kerana senang, memasangnya, kebanyakan pengguna tidak menghiraukan aspek keselamatannya.

Practically Networked mencadangkan beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi ‘wireless network’ anda daripada dicerobohi ataupun ada pengguna lain yang ‘menumpang’ rangkaian anda itu untuk melayari internet.

Antara langkah yang boleh diambil ialah:

  1. Ubah kata laluan untuk mengakses router anda. Anda boleh mengubah kata laluan router anda dengan mengaksesnya melalui ‘browser’ anda. Biasanya kebanyakan router akan menggunakan internet protocol (IP) ‘192.168.1.1′ namun untuk memastikan apakah IP gateway anda itu, anda boleh jalankan arahan ‘cmd’ dan taip ‘ipconfig’ pada command prompt.
  2. Jangan siarkan SSID ( Service Set IDentifier ) anda. SSID biasanya akan disiarkan oleh AP ( access point ) dan router secara otomatik. Perkara ini untuk memudahkan anda sekiranya anda TIDAK tahu apakah nama wireless LAN anda.
  3. Tetapkan WPA ( Wi Fi Protected Access ) ataupun sekurang-kurangnya tetapkan WEP ( Wired Equvalency Privacy ).
  4. Sekiranya router anda hanya tidak menyokong WPA, maka menetapkan WEP adalah lebih baik daripada tiada sebarang ketetapan langsung.
  5. Gunakan Mac address untuk mengawal WLAN anda. Namun sekiranya rangkaian anda mempunyai banyak komputer, kaedah ini mungkin membebankan.
  6. JANGAN tetapkan ‘Remote Administration.’

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari Practically Networked.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP