Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Friday, April 17, 2009

Panduan tentang Wifi

Kini semakin ramai pengguna internet di negara kita sudah pun memiliki capaian tanpa wayar untuk melayari internet. Sama ada mereka memang memerlukannya atau tidak, itu adalah suatu persoalan lain. :D

Saya cuba kongsikan di sini beberapa maklumat yang elok anda pertimbangkan sekiranya anda menggunakan WiFi/WiMax.

  • Pertama ialah Perlindungan - Anda patut sangat membuat kata laluan untuk ‘access’ wireless anda. Sekiranya anda merasakan ini adalah tidak penting, cuba bayangkan senario dimana seseorang yang berkongsi WiFi anda dan melakukan aktiviti seperti ‘phishing scam‘ lalu dikesan oleh pihak berkuasa. Cuba teka, pihak berkuasa akan mengetuk pintu rumah siapa? Elakkan dari menggunakan WEP kerana sebab-sebab tertentu, tetapi cuba gunakan WPA untuk ‘encryption’ anda.
  • Perkara kedua ialah kedudukan - Penting anda memastikan kedudukan peralatan WiFI anda untuk mengelak sebarang gangguan. ‘Cordless Phone’ dab microwave akan mengganggu WiFI anda. Begitu juga dinding konkrit. Satu perkara lagi ialah antenna perkakas wireless anda hendaklah tegak bukan condong ke arah PC, kerana signal dari antenna itu adalah dari sebelah sisinya bukan dari atas antenna itu.
  • Ketiga ialah keserasian - Memang tidak dapat disangkal bahawa jika anda mempunyai Dlink Wireless router misalnya, maka tidak menjadi masalah jika anda gunakan kad wireless jenama lain untuk mencapai wireless router jenama Dlink. Tetapi jika dapat, pastikan semuanya adalah jenama yang sama. :P
  • Update firmware - pastikan anda sentiasa kemaskini ‘firmware’ untuk perkakas wireless anda. Lawatilah selalu laman web pengeluar perkakas yang anda gunakan.
  • Isu kelima ialah jarak - semakin jauh anda dari router maka bermakna semakin lemah signalnya. Secara amnya diketahui bahawa jarak kurang dari 100 meter adalah jarak yang paling sesuai. Kelembapan udara juga memainkan peranan membantut kelancaran signal perkakas anda.

Sumber asal….lihat di sini

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP