Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Friday, April 17, 2009

Lindungi Komputer anda

Lordpegasus memaklumkan bahawa 80% daripada komputer biasanya dijangkiti spyware dan 1 dari setiap lima PC dijangkiti virus!

Menurut beliau lagi, hasil daripada suatu ’survey’ yang dibuat secara ’online’ mendapati :

  1. 77% pengguna merasakan mereka selamat daripada sebarang ancaman semasa online!
  2. 67% daripada responden TIDAK mempunyai perisian anti virus pada komputer mereka!
  3. 88% pengguna TIDAK menyedari bahawa PC mereka telah dijangkiti spyware!
  4. 49% pengguna ‘broadband’ TIDAK melengkapkan komputer mereka dengan ‘firewall’

Untuk perlindungan komputer anda, antara langkah yang perlu dibuat ialah :

  1. ‘Install’ perisian anti virus dan IMBAS komputer anda selalu.
  2. ‘Install’ firewall.
  3. Hati-hati ketika membuka kepilan e-mel.
  4. Berwaspada sekiranya anda berkongsi fail atau folder antara rakan dalam satu rangkaian!
  5. Muatturun ’security update’ dan ‘patches’
  6. Gunakan password yang sukar untuk diteka ( tapi mudah untuk ANDA ingat )
  7. ‘Backup’ data anda, sama ada dalam CD, DVD atau ‘external storage’ lain.

>> Keterangan lanjut di sini

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP