Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Saturday, March 28, 2009

Lajukan Startup Windows Dengan Autoruns

Apabila anda install sesuatu perisian di dalam Windows, biasanya perisian ini akan menambah satu entri di dalam startup, bertujuan supaya perisian tersebut akan dilancarkan oleh Windows secara automatik. Apabila entri di dalam startup menjadi terlalu banyak, proses melancarkan Windows akan menjadi semakin lambat.

Bagi pengguna Windows yang berpengalaman, msconfig boleh digunakan untuk membuat tetapan supaya aplikasi - aplikasi ini tidak dilancarkan secara automatik. Walau bagaimanapun, jumlah startup yang dipaparkan oleh msconfig agak terhad.

Autoruns dari Sysinternal dapat memaparkan program apakah yang dilancarkan secara automatik sewaktu Windows baru dihidupkan. Program - program ini termasuklah yang berada di dalam folder startup, dan di dalam registry keys pada Windows. Anda boleh mengosongkan checkbox pada program yang anda tidak ingin lancarkan secara automatik, atau anda boleh membuangnya terus. Autoruns juga boleh digunakan untuk membuang entri - entri startup yang dibuat oleh malware.

Download Autoruns di sini.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP