Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner
CCleaner berfungsi mencari dan membuang temporary file dalam komputer dengan pantas. Ia juga boleh membaiki registry dalam Windows. Jika anda biasa menggunakan 1-Click-Maintenance dari Tune Up Utilities, CCleaner ini sama saja fungsinya, tetapi lebih pantas dan percuma (percuma tu yang penting nye ^^).

Apakah itu temporary file?CCleaner juga boleh memadam history bagi Internet Explorer, Firefox, Opera, serta banyak aplikasi lain, termasuklah Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, dan banyak lagi.Apabila satu-satu program dijalankan dalam Windows, ia akan menghasilkan fail sementara yang dipanggil temporary file. Namun setelah program ini ditutup, temporary file ini dibiarkan begitu sahaja. Lama-kelamaan temporary file ini semakin banyak dan akan membazirkan ruang di dalam hard disk.
Saya lupa di mana sumbernya yang mengatakan, CCleaner hampir mengalahkan Firefox dalam undian software paling berguna… dengan perbezaan satu undi sahaja.
Dapatkan CCleaner di sini.
0 comments:
Post a Comment