Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Sunday, March 29, 2009

Buat Blog Percuma Dengan Wordpress.com

Pada entri yang lalu saya telah menerangkan tentang:

Sebagai sambungan kepada siri membuat blog di SembangKomputer.com, kali ini saya akan memberikan sebuah tutorial ringkas tentang cara-cara membuat blog percuma di Wordpress.com

Daftar di Wordpress.com

  • Terlebih dahulu, anda haruslah mendaftar di Wordpress.com. Pergi ke laman Wordpress.com dan klik pada butang “Sign Up Now!”
  • Pendaftaran di Wordpress.com adalah sangat mudah. Isikan borang yang diberi dan klik Next setelah selesai.
    daftar Wordpress.com
  • Kini, buka emel anda untuk mengaktifkan akaun Wordpress.com tersebut
    daftar Wordpress.com
  • Wordpress.com akan memaparkan mesej yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Kini anda sudah boleh login ke dalam blog anda.
    daftar Wordpress.com

Mulakan Menulis!

  • Setelah anda login, Wordpress.com akan memaparkan blog-blog yang anda miliki. Klik mana-mana blog untuk mula menulis.
    Wordpress.con
  • Untuk menulis entri baru, klik pada Write > Post
    Wordpress.com
  • Jika anda ingin sertakan gambar dalam entri tersebut, klik pada butang “Insert image” atau “Add an image”
    Wordpress.com
  • Setelah siap menulis entri anda, klik pada butang Save supaya ia akan dipaparkan pada blog anda.
    Wordpress.com
  • Contoh blog yang dihasilkan:
    Wordpress.com

Buat Page Dalam Blog Anda

  • Berbeza dari entri biasa, Page adalah bahagian khas dalam blog anda. Page akan setiasa kelihatan pada muka hadapan blog, suapaya senang pembaca nak klik. Contohnya page adalah bahagian “Tentang Saya” yang boleh anda isi dengan profil diri anda.
    wordpress-18
  • Untuk membuat satu page baru, pilih Write > Page
    Wordpress.com

Tukar Tema Blog Anda

  • Untuk menukar tema bagi blog anda, pilih Design > Themes.
    Wordpress.com
  • Di sini anda boleh pilih dari mana-mana tema yang disediakan. Klik pada tema yang anda mahu.
    wordpress-10
  • Pastikan anda klik pada “Activate” bagi mengaktifkan tema baru tersebut.
    Wordpress.com

Ubahsuai Sidebar Anda Dengan Widgets

  • Untuk mengubahsuai sidebar pada blog anda, pilih Design > Widgets.
  • Klik pada Add untuk menambah mana-mana Widgets dan klik Edit untuk mengubahsuai Widgets tersebut. Setelah selesai, klik pada butang “Save Changes”
    Wordpress.com
  • Contoh sidebar yang dihasilkan:
    Wordpress.com

Ok, itulah dia tutorial ringkas mengenai cara penggunaan Wordpress.com. Saya harap tutorial ini dapat membantu sesiapa yang baru nak cuba-cuba menulis blog ini. Nantikan pula tutorial membuat blog di Wordpress.org menggunakan hosting dan domain sendiri ya ^^

Buat Blog Percuma Dengan Blogspot

Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan!

Daftar di Blogspot

Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.

Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:

  1. Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  2. Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)
  3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.
    Pendaftaran Blogger
    (klik imej untuk besarkan)

Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:

Pendaftaran Blogger

Mulakan Menulis!

Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.

Blogger

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?

Blogger
(klik imej untuk besarkan)

Ubahsuai Rupa Blog Anda

Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”

Blogger

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Blogger

Contoh sidebar yang dihasilkan:

bloggero-06

Ok, Sampai di Sini Dulu

Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^

Apa Itu Blog?

Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

viking

imej: ©athrine

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

* Sebagai diari dan catatan harian
* Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
* Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
* Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

blog-01

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

image

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.
Blog Percuma dan Blog Berbayar

Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.

Blog Percuma

Boleh didapati dari laman web seperti Wordpress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://ahmadmarzuki.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.

Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Blog Berbayar

Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.

Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.
Wordpress.org vs Wordpress.com

Ramai yang keliru antara Wordpress.org dan Wordpress.com. Di sini saya ingin menerangkan perbezaan di antara keduanya.

Wordpress adalah sebuah software yang digunakan untuk membina blog. Banyak lagi software lain yang terdapat pada masa ini, tetapi Wordpress adalah yang paling bagus dan meluas digunakan. Laman web rasmi bagi sistem Wordpress ini adalah di www.wordpress.org.

Laman web Wordpress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software Wordpress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di Wordpress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.

Pendek kata, apabila saya bercakap tentang plugin ataupun theme terbaru Wordpress, ia adalah berkaitan dengan software Wordpress yang digunakan pada blog berbayar, dan BUKAN pada servis blog percuma di Wordpress.com
Jadi, Apa Pilihan Anda?

Sudahkah anda tentukan blog apa yang anda ingin tulis? Dan perkhidmatan blog manakah yang anda akan guna? Dalam entri akan datang, saya akan ceritakan satu-persatu mengenai langkah-langkah membuat blog menggunakan Wordpress.com dan Blogspot. Bagi mereka yang serius, jangan bimbang kerana entri mengenai Wordpress.org juga akan menyusul. Tunggu ya ^^

Entri-entri lain dalam siri ini:

* Buat blog percuma dengan Blogspot
* Buat blog percuma dengan Wordpress.com
* Buat blog pada domain sendiri dengan Wordpress

Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.

Saturday, March 28, 2009

Install Windows XP Pada Hard Disk SATA

Masalah selalu berlaku apabila anda ingin install Windows XP, tetapi komputer tidak menjumpai hard disk anda. Ia hanya memaparkan mesej “Setup did not find any hard disk drives installed in your computer.”

Ini berlaku kerana PC dan laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows ke dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.

Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.

  1. Pada paparan awal nLite “Welcome to nLite!”, klik butang Next.
  2. Paparan kedua, “Locating the Windows Installation”. Di sini, anda harus memasukkan CD Windows XP. Setalah CD dimasukkan tekan pada butang browse dan pilih CD Windows XP anda tadi.
  3. Satu kotak mesej akan keluar, “Select where to save the CD installation files for modification. Choose or create an empy folder.” Di sini, anda harus buat satu folder dalam hard disk anda di mana Lite akan copy segala fail dari CD Windows XP ke dalam folder tersebut.
  4. Setelah folder dibuat/dipilih, nLite akan menjalankan proses menyalin, “Copying…”. Tunggu sehingga selesai dan klik butang Next.
  5. Paparan Presets akan keluar. Tekan Next sahaja.
  6. Paparan Task Selection akan keluar. Klik pada “Drivers” dan “Bootable ISO” dan klik pada butang Next.
  7. Paparan Drivers akan keluar. Klik pada butang Insert dan pilih Single Driver. Di sini, anda harus memilih fail driver yang terdapat dalam komputer anda. Driver biasanya terdapat pada fail.INF. Klik pada fail tersebut dan klik butang Open.
  8. Sebaik-baiknya, pilih satu sahaja driver mengikut jenis OS yang sesuai. Perhatikan bahawa driver anda telah tersenarai. Klik pada butang Next.
  9. Paparan “Processing…” akan keluar. Satu kotak mesej akan keluar, “Do you want to start the process?”. Klik OK. Tungu sehingga proses selesai dan klik Next.
  10. Paparan Bootable ISO akan keluar. Di sini, anda boleh membuat fail ISO atau anda boleh burn terus ke dalam CD. Jika anda tidak biasa dengan fail ISO, pilih Direct Burn dari mode dan klik pada butang Burn.
  11. Setelah proses Create ISO atau Direct Burn selesai, klik pada butang Next. Kemudian klik Finish setelah selesai dengan nLite.

Kini, CD yang anda telah burn tadi bolehlah digunakan untuk install Windows XP.

Adakah artikel ini membantu anda? Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila tinggalkan komen.

Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). .Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  6. Sekiranya Hard Disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  7. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  9. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  10. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP