Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Sunday, March 29, 2009

Apa Itu Blog?

Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

viking

imej: ©athrine

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

* Sebagai diari dan catatan harian
* Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
* Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
* Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

blog-01

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

image

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.
Blog Percuma dan Blog Berbayar

Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.

Blog Percuma

Boleh didapati dari laman web seperti Wordpress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://ahmadmarzuki.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.

Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Blog Berbayar

Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.

Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.
Wordpress.org vs Wordpress.com

Ramai yang keliru antara Wordpress.org dan Wordpress.com. Di sini saya ingin menerangkan perbezaan di antara keduanya.

Wordpress adalah sebuah software yang digunakan untuk membina blog. Banyak lagi software lain yang terdapat pada masa ini, tetapi Wordpress adalah yang paling bagus dan meluas digunakan. Laman web rasmi bagi sistem Wordpress ini adalah di www.wordpress.org.

Laman web Wordpress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software Wordpress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di Wordpress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.

Pendek kata, apabila saya bercakap tentang plugin ataupun theme terbaru Wordpress, ia adalah berkaitan dengan software Wordpress yang digunakan pada blog berbayar, dan BUKAN pada servis blog percuma di Wordpress.com
Jadi, Apa Pilihan Anda?

Sudahkah anda tentukan blog apa yang anda ingin tulis? Dan perkhidmatan blog manakah yang anda akan guna? Dalam entri akan datang, saya akan ceritakan satu-persatu mengenai langkah-langkah membuat blog menggunakan Wordpress.com dan Blogspot. Bagi mereka yang serius, jangan bimbang kerana entri mengenai Wordpress.org juga akan menyusul. Tunggu ya ^^

Entri-entri lain dalam siri ini:

* Buat blog percuma dengan Blogspot
* Buat blog percuma dengan Wordpress.com
* Buat blog pada domain sendiri dengan Wordpress

Nota: Link DataKL di atas adalah merupakan link affiliate saya. Jika anda membeli domain atau hosting melalui link tersebut, saya akan mendapat sedikit ganjaran dari DataKL dan membantu dalam pembangunan blog ini. Terima kasih.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP