Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Saturday, December 12, 2009

Terlupa Password Windows? Reset Password Anda Dengan Offline NT Password & Registry Editor

Dah menjadi fitrah, manusia adalah makhluk yang pelupa. Dan kadang-kadang, manusia juga terlupa password bagi administrator Windows. Alamak, kes berat tu. Kalau lupa password untuk admin, macam mana nak akses Windows?

Relaks, jangan panik. Jangan format dulu Windows anda, kerana ada cara untuk reset password dalam Windows ni. Reset password bermaksud anda mengosongkan password tersebut, membuangnya supaya administrator tidak mempunyai password. Selepas reset password, anda boleh login ke akaun administrator dengan mudah.

Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara untuk reset password Windows dengan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Terlebih dahulu, download fail ISO bagi Offline NT Password & Registry Editor dan burn ke dalam CD. CD dah sedia, jom ikut langkah-langkah di bawah (klik pada setiap imej untuk besarkan):

  • ON kan komputer anda dan masukkan CD. Pastikan komputer akan boot dari CD.
  • Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.

Step ONE: Select disk where the Windows installation is
Langkah PERTAMA: Pilih partition yang mengandungi folder Windows

  • Offline NT Editor akan memaparkan senarai hard disk yang dijumpai, serta partition yang mempunyai Windows. Pilih partition Windows anda dan tekan Enter.
  • offline_nt02

Step TWO: Select PATH and registry files
Langkah KEDUA: Pilih folder yang mengandungi fail registry

  • Offline NT Editor akan meminta anda memasukkan PATH bagi folder registry. Biasanya anda tidak perlu risau akan hal ini, anda hanya perlu tekan Enter sahaja.
  • offline_nt03
  • Pada paparan seterusnya, pilih 1 – Password reset [sam system security]
  • offline_nt04

Step THREE: Password or regsitry edit
Langkah KETIGA: Ubah password atau registy

  • Menu Chntpw akan keluar. Pilih 1 – Edit user data and password.
  • offline_nt05
  • Di sini, anda harus pilih akaun yang ada hendak ubah. Taip 0x atau taip nama user tersebut. Sebagai contoh, jika saya ingin memilih akaun Khairul, saya perlu taip 0×03eb atau Khairul
  • offline_nt06
  • Kemudian, pilih 1 untuk kosongkan password.
  • offline_nt07
  • Proses reset password kini telah selesai. Taip ! untuk keluar, kemudian taip q bagi memastikan operasi tadi dijalankan.

Step FOUR: Writing back changes
Langkah KEEMPAT: Jalankan operasi

  • Taip y bagi memastikan segala operasi yang telah anda lakukan tadi dijalankan.
  • offline_nt08

Setelah selesai, kini anda boleh restart semula komputer anda dan login ke dalam akaun administrator tadi. Selamat mencuba, InsyaAllah ^^

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP