Buang vokal
Mungkin ada diantara anda yang pernah tertanya-tanya, bolehkah suara vokal diasingkan dari muzik supaya rakaman tersebut dijadikan sebagai versi karaoke?
Ya, untuk mengasingkan vokal dari muzik, anda memerlukan satu perisian khas bagi proses tersebut. Keberhasilan mengasingkan vokal dari muzik amat bergantung kepada faktor fail lagu tersebut di mana fail tersebut perlulah ideal. Dalam erti kata lain, lagu itu perlulah berada Dalam keadaan yang sempurna . Jika tidak, proses pengasingan tidak akan berhasil.
Disebabkan berlakunya pengasingan audio, kebanyakan proses pengasingan akan menghasilkan kualiti audio yang kurang baik. Anda boleh mencuba sendiri.
Lihat halaman FAQ di tapak web Audacity, ia menerangkan kepada anda bagaimana caranya untuk mengasingkan vokal menggunakan perisian mereka. Anda boleh mencuba perisian ini dan melihat sendiri keputusannya.
Satu lagi cara lain ialah dengan memuat turun perisian AnalogX Vocal Remover. Ia didatangkan dengan dua versi; iaitu versi DirectX untuk aplikasi penyunting audio, dan juga versi pemain audio popular iaitu Winamp.
0 comments:
Post a Comment