Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Tuesday, May 5, 2009

Akses ke Internet disekat?

Jika anda berdepan dengan masalah tak diberi kebenaran untuk akses ke Internet, ada jalan keluar yang disarankan oleh DownloadSquad, SEKIRANYA anda menggunakan XP.

Untuk akses ke Internet anda hanya perlu menjalankan aplikasi ‘Calculator.’

  1. Klik pada Help-Help topics. Klik mana-mana topik. Klik butang mouse kanan pada ‘titlebar’ dan pilih Jump to URL….seperti dalam gambar di bawah…..
  2. Setelah anda pilih ‘Jump to URL…..’ tetingkap di bawah pula akan muncul…
  3. Taip url pada petak kosong. PASTIKAN anda taipkan http:// ya!
  4. Akhirnya….

Menurut Brad Linder, DownloadSquad, yang menyarankan kaedah ini, ini sebenarnya adalah IE6 di dalam tetingkap ‘Help.’ Ia tidaklah secanggih browser IE6 yang sebenarnya namun memadailah untuk anda akses ke Internet.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP