Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Tuesday, May 5, 2009

Akses fail Bin, CUE dan ISO

Sambungan *.bin dan *.cue ialah fail jenis imej CD dan DVD. Fail BIN mengandungi keseluruhan media dalam sesebuah cakera yang dimuatkan menjadi satu. Fail CUE pula mengandungi maklumat-maklumat penting BIN, sebelum proses 'burning' atau 'mounting' ke dalam pemacu maya (Virtual Drive) dilakukan.

Cara termudah untuk mengakses fail-fail ini ialah dengan menggunakan CD atau DVD burner dan di'burn'kan ke dalam cakera menggunakan perisian 'burner' seperti Nero. Sekiranya anda tidak mahu menyimpan media ke dalam cakera melalui proses 'burning', anda masih boleh memainkan fail-fail ini secara maya (virtual) menggunakan perisian seperti Daemon.

Menggunakan Daemon
Perisian Daemon boleh mencipta sehingga 4 pemacu (drive) palsu maya di dalam komputer anda. Pasang perisian ini ke dalam komputer anda terlebih dahulu. Perisian Daemon boleh dimuat turun di sini.

1) Klik kanan ikon Daemon di bahagian tray Windows anda (Lihat rajah 1)


Rajah 1

2) Pilih Virtual CD/DVD-ROM (Lihat rajah 2)


Rajah 2

3) Pilih Device [0:]

4) Klik Mount image

5) Pilih fail imej yang ingin dipasang

6) Klik OK

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP