Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Sunday, April 19, 2009

Potong Video Dari Youtube

Hampir semua pengguna internet di seantero dunia pernah menggunakan laman web Youtube. Penulis beranggapan anda yang sedang membaca topik ini juga mempunyai akaun di Youtube. Tahukah anda bahawa anda boleh memilih sebahagian dari babak di dalam video yang anda tonton?? Katakan adegan yang paling anda minati berada pada minit 7:55, tentu jenuh juga mahu menunggu. tension

Cara lain mungkin saja anda menggunakan cursor untuk ke minit 7:55 tersebut. Bagaimana pula jika ada sesuatu yang menarik di dalam video itu untuk anda persembahkan kepada rakan² anda?? Kini, ada cara yang lebih mudah untuk memotong bahagian video yang tidak diingini. Anda cuma perlu ke laman web Splicd. Masukkan alamat video tersebut, kemudian masukkan saja minit yang anda mahu. peace

Penulis sertakan sekali video yang telah penulis potong khas untuk tatapan anda. Semoga terhibur. menari

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP