Pastikan perisian yang telah anda pasang terkini…
Ada dua cara yang dapat saya temui setakat ini untuk memastikan perisian pada PC anda adalah yang terkini .
- Secunia PSI.
Anda boleh muatturun Secunia PSI di sini
Apa yang berlaku setelah anda siap memasang Secunia PSI pada PC anda ialah, perisian berkenaan akan terus mengimbas PC anda untuk mencari perisian- perisian yang dah ‘lapuk’ dan kurang selamat. Setelah itu anda akan diberikan huraian yang jelas tentang hasil pencarian PSI berkenaan. Setelah itu anda akan diberi pilihan sama ada untuk mengemaskini perisian berkenaan ataupun idak.
Cara kedua ialah dengan menggunakan Update Checker dari FileHippo.
Muatturun di sini
Untuk menggunakan Update Checker dari FileHippo sila pastikan PC anda telah dipasang Microsoft .Net Framework 2.0. Kalau belum ada, sila muatturun di sini.
Selamat mencuba……….
Update: Salah seorang pembaca telah mencadangkan satu lagi perisian iaitu RadarSync yang bukan hanya melakukan tugas yang sama malah boleh memastikan bahawa ‘driver’ untuk PC anda juga terkini. Jika Pirillo mengatakan bahawa ia adalah suatu perisian yang mesti dimiliki oleh semua pengguna Windows, maka bagi saya itu sudah memadai untuk kita memilikinya.
0 comments:
Post a Comment