Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Wednesday, April 22, 2009

Komputer Tiba-tiba Reboot Pada Masa Tertentu

BSOD ada kaitan rapat dgn masalah
1. RAM
sama ada RAM tu tak serasi atau dah ada problem, kalau ada 2 batang, cuba cabut salah satu..test mcm mana...atau pinjam RAM kawan2, test pakai dalam sehari, kalau tak ada masalah yang sama, tukar RAM

2. Motherboard
mungkin motherboard dah berumur, dah lama digunakan, kemungkinan ada antara kapasitor pada motherboard dh mula kembung/mungkin ada yg dh 'blow'. Cuba cuci habuk2 pada motherboard, guna lampu suluh kecik, perhatikan satu persatu secara teliti setiap kapasitor pada motherboard, ada tak yang dah kembung.

ni contoh kapasitor dah leaking/blow





3. Faktor software
kalau software nya hal, selalunya bila kita guna software tu je pc akan problem. tp kalau guna software2 lain pun masalah sama, problem berkait rapat perkara (1) dan (2)

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP