Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Monday, April 20, 2009

Kenalpasti Perkakasan komputer

Kenalpasti Perkakasan Komputer lebih dikenali sebagai Detect Hardware. Bagi mendapatkan driver yang sesuai untuk setiap perkakasan yang dimiliki oleh komputer, terlebih dahulu kita harus mengenalpasti model dan jenis motherboard yang dimiliki.

Driver yang sesuai harus digunakan bagi mengelakkan konflik antara driver dan perkakasan yang dimiliki.

Salah satu aplikasi yang menarik serta mampu mengesan jenis serta model perkakasan anda, anda boleh menggunakan aplikasi dari Diagnose dari Fresh Download. Aplikasi ini boleh digunakan secara percuma tanpa had masa.

Download



Berikut merupakan cara menggunakannya:

1. Pasang aplikasi FreshDiagnose dalam komputer anda.
2. Jalankan aplikasi tersebut. Pilih bahagian Hardware System



3. Seterusnya pilih bahagian Motherboard.



4. Pada bahagian Motherboard Information, maklumat mengenai motherboard anda akan dipaparkan.

5. Untuk mendapatkan driver yang sesuai, gunakan model motherboard yang anda miliki.

6. Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, anda boleh menghubungi saya.

Selamat Mencuba.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP