Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Saturday, April 4, 2009

Backup Bookmarks Mozilla Firefox

Beberapa hari yang lepas saya format komputer dan install Windows baru.Sebelum format komputer kita wajib backup data-data penting di dalam komputer supaya tidak hilang , lebih-lebih lagi data yang terkandung dalam partition operating system.

Tutorial hari ini saya akan tunjukkan cara untuk backup bookmarks mozilla firefox dari hilang.Ramai dikalangan kita yang tidak backup mozilla firefox.Bagi saya ia amat penting , lebih-lebih lagi jika anda seorang webmaster.Bayangkan anda melayari 100 website/blog sehari.Bolehkah anda semua ingat 100 alamat website/blog ? So apa yang anda lakukan adalah bookmark website/blog tersebut.

Caranya amat mudah , klik pada menu Bookmarks , Organize Bookmarks.Akan keluar skreen Library dan klik pada All Bookmarks dan klik pada Import and Backups.Untuk backup klik pada Backup , namakan file tersebut dan save.File tersebut akan disimpan dalam bentuk JSON.Untuk restore atau mengembali alamat website/blog bookmarks anda klik pada Restore , Choose File dan open file tersebut.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP