Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Thursday, April 9, 2009

Antivir Terbaru dengan Antispyware

Avira atau Antivir kini dengan versi terbaru disertakan protection daripada spyware. Antara antispyware yang disertakan ialah keselamatan semasa online, phising, auto dial up dan lain-lain.

Download di laman web avira iaitu http://www.free-av.com/

sshot-1

Wajah baru semasa proses install

sshot-6

Ciri-ciri tambahan kawalan pengesanan awal virus. Terdapat tiga tahap dan tahap tertinggi mempunyai banyak false positif untuk mengesan virus jenis baru. (ambik medium jer)

sshot-7

Ciri-ciri antispyware yang ada … nak select all pun boleh pada pilihan nie … tapi kami ambik default jer

sshot-9

Antaramuka hadapan yang baru … tiada sangat perubahan besar kecuali tag line garisan merah baru.

Tips : Bagaimana mahu update avira antivirus secara offline … sila dapatkan update files daripada laman web antivir iaitu dipanggil IVDF update (Unicode version) dengan klik pada URL nie http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html dan pada menu update pilih manual dan cari fail update yang sudah di download tapi.

Anda boleh letakan dalam pendrive usb dan update PC yang tiada kemudahan internet.

Download Avira Antivirus http://www.free-av.com/

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP