Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Saturday, March 28, 2009

Video DownloadHelper: Dapatkan Video Dengan Mudah Di Firefox

viddownloadhelper-01

Video DownloadHelper adalah extension untuk Firefox yang berfungsi untuk mendapatkan fail video dengan mudah. Apabila anda berada di mana-mana laman web yang mengandungi video, ikon DownloadHelper akan beranimasi yang menandakan anda boleh dapatkan fail video tersebut. Hanya klik sahaja pada butang DownloadHelper dan pilih video yang anda inginkan.

Saya lebih suka menggunakan Free Download Manager untuk download video dari laman web popular seperti YouTube, kerana ianya lebih pantas. Namun bagi laman web lain yang tidak disokong oleh Free Download Manager, extension Video DownloadHelper untuk Firefox ini sangat berguna. Dan sudah tentu, anda boleh klik pada ‘Copy Download Link’ untuk pindahkan download ini ke Free Download Manager ;)

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP