Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Tuesday, March 24, 2009

Masalah HARD DISK

Troubleshooting

Cara-cara Format Hard Disk

Sebelum melakukan format ke atas hard disk, pastikan terlebih dahulu bahawa di dalam hard disk tersebut tersebut tiudak terdapat data ataupun data telah dipindahkan kepada cakera keras yang lain. Biasanya hard disk di ?format? lain sekiranya ia diserang virus. Terdapat beberapa cara untuk melakukan format antaranya:-

1. Menggunakan program DEBUG.
2. Menggunakan program FDISK ( Low level format )

Format Menggunakan program DEBUG

- Mula-mula pasangkan dengan lengkap Hard Disk yang hendak diformat pada satu set komputer
yang lengkap.

- Kemudian Bootkan komputer dengan mengguakan disket yang mempunyai sistem booting di
dalamnya.

- Taipkan arahan DEBUG pada A:\> prompt dan tekan ENTER

A:\> DEBUG

- Selepas itu dibawah arahan ini taipkan seperti beikut:-

A:\> DEBUG
- g=c800:5 Tekan ENTER

- Selepas keluar arahan RETURN tekan ENTER sekali lagi.
- Apabila keluar arahan Y/N, kita perlu pilih/tekan N
- Hard Disk tersebut akan mula diformat.


Format Menggunakan program FDISK (Low Level Format)

- Mula-mula setkan sistem booting kepada drive A: dengan cara memasuki Setup.
- Kemudian bootkan komputer tersebut dengan menggunakan disket yang mempunyai sistem
booting di dalamnya sehingga keluar A:/>.

- Pada A:\> taipkan seperti berikut:-

A:\> FDISK Tekan ENTER

- Menu seperti berikut akan dipaparkan pada skrin:-

Choose one of the following:-
1. Create DOS partition or Logical DOS Drive.
2. Set active partition.
3. Delete partition or Logical DOS Drive.
4. Display partition information.

ENTER Choice : [x]

- Pilih 4 dan tekan ENTER untuk melihat partition-partition yang terdapat didalam hard disk.
- Setelah pasti partition mana yang hendak di padamkan (delete), pilih 3 dan tekan ENTER untuk
memadamkan partition tersebut.

- Kekalkan partition mana yang tidak mahu di padamkan.
- Kemudian pilih 1 (Create DOS partition) untuk membina semula partition yang dipadam tadi dan
juga untuk membolehkan komputer ini
boot dengan sendirinya tanpa menggunakan disket.
- Komputer akan RESTART dengan sendirinya selepas arahan ini.
- Untuk format hard disk, masukkan disket yang mempunyai arahan format ke dalam drive A dan
mulakan format dengan menaip arahan
seperti berikut:-

A:\> format c:/s/v

- Kemudian satu arahan untuk kepastian akan dipaparkan pada skrin. Pilih Y untuk meneruskan
arahan format ataupun N sekiranya tidak
mahu format hard disk tersebut.

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP