Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Tuesday, March 24, 2009

Bagaimana Nak Update Avira Secara Manual

Avira AntiVir PersonalEdition Classic adalah perisian anti-virus percuma yang paling bagus setakat ni (2nd: Avast, 3rd: AVG Free). Seperti anti-virus lain, Avira ni kena update selalu untuk memastikan ia kenal virus dan malware yang terbaru. Tapi sesetengah dari kita tak ada kemudahan Internet kat rumah / bilik. Ikut cara kat bawah ni untuk ambil update dari Internet (Cyber Cafe, contohnya) dan update Avira kat PC korang tu.

  1. Pergi ke laman web: http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html untuk download update bagi Avira AntiVir Personal Edition Classic.
  2. Perhatikan ada dua jenis update kat laman web tu. Pilih IVDF (Unicode).

    Avira update

  3. Dalam Internet Explorer, File Download message box akan keluar. Klik Save dan letak kat mana korang nak. Tunggu sampai download siap.

    Avira update

  4. Buka Avira AntiVir Personal Edition Classic dan pergi ke menu Update | Manual.

    Avira update

  5. Pilih fail yang korang dah download tadi. Proses update akan bermula. Siap!

0 comments:

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP