Malaysia Web Hosting

Blog ini dibangunkan khusus untuk pengguna komputer. Matlamat utama untuk menyalurkan maklumat kepada para pembaca tentang dunia komputer dan IT terutamanya untuk rakyat Malaysia. Ruangan komen disediakan untuk berkongsi pendapat dan pengalaman dalam bidang komputer dan internet.


Segala maklumat yang disampaikan dalam blog ini adalah hasil kajian, pembacaan dan pengalaman penulis mengenai sistem komputer dan dunia IT. Ia berdasarkan fakta sebenar mengenai perkara berkaitan. Di harap anda semua mendapat maklumat dan manfaat dari blog ini.


Selaku ‘technical advisor’ yang secara langsung terbabit dalam persoalan ini saya akan cuba berkongsi pengalaman saya dalam memperbaiki masalah yang sering dihadapi oleh pelanggan saya. :-)


Harga Pemeriksaan Komputer / Laptop = RM 10
Harga Format komputer / Laptop = RM 50


**Harga bagi yang memerlukan pengantian alat komputer/laptop yang sudah rosak adalah tertakluk pada harga pasaran semasa.**

Showing posts with label Masalah Komputer. Show all posts
Showing posts with label Masalah Komputer. Show all posts

Saturday, August 15, 2009

Remove Virus “Jambanmu”

Kini ada pulak virus baru bernama “JambanMu.com”, oleh “trojan.win32.vb.ayo”, yang juga dikenali sebagai “flash.10.exe”. Nama lain baginya ialah “W/2.Virus.Jamban.Busuk.BlaBla”.

Virus ini akan menyebabkan PC anda menjadi sangat lembab di mana sebagai contoh, untuk membuka Notepad, anda akan mengambil masa selama lebih kurang 20 saat!

Buat masa sekarang ni, anti-virus AVG, Zone Alarm, Symantec dan Kaspersky 2007 masih lagi belum dapat ‘clean’kan virus ni. Zone Alarm dan AVG hanya dapat quarantine sahaja. Awas!

City Link: Download JambanMu.com Remover – KillFlash1.0.exe

Tanda-tanda PC Anda Dijangkiti Virus Ini

PC anda akan jadi ’slow’ – di mana virus ni bertindak memasukkan data yang dicipta sendiri oleh virus ini ke dalam registry PC kita. Virus ini dibina dengan menggunakan perisian VB Basic v5. Ia mungkin dicipta oleh orang kita (Malaysia), berdasarkan nama virus ini.

Sekiranya dijangkiti, virus ini akan melakukan perkara-perkara berikut:

  1. Disable Task Manager.
  2. Disable Folder Option.
  3. Disable Regedit.
  4. Disable “cmd”.
  5. JambanMu.com ‘run’ setiap kali anda ’start’ PC.
  6. File dan Folder baru akan di-’create’ oleh virus ni seperti flash.10.exe, msconfig.com, cmd.com, jambanmu.com, ping.com, regedit.com, aweks.pikz, msn.msn dan banyak lagi.
  7. Disable “Search”.
  8. Slowkan PC.
  9. Slowkan talian internet.
  10. Merosakkan EXPLORER.EXE.
  11. Slowkan masa nak off PC.

Jadi, bagi sesiapa yang terjumpa dengan virus ini dan menghadapi masalah yang sama, sila muat turun KillFlash1.0.exe dan ‘run’kan terus di PC yang dijangkiri virus tersebut.

Saturday, May 9, 2009

Memastikan RAM benar-benar Rosak

Selama saya berkecimpung dalam bidang komputer + repair komputer, perkakasan yang susah rosak bagi saya adalah RAM Jadi sebelum anda pergi kedai tukar RAM baru, pastikan dahulu bahawa RAM anda benar-benar rosak. Caranya:- mudah saja.



1. Kenalpasti masalah RAM
Cara mengenalpasti masalah RAM, apabila keluar bunyi beep.. bunyi beep ni, dikeluarkan dari motheboard [papan induk] anda.. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM anda, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna.



2. Cabut RAM anda
Banyak komputer saya dah cuba bagi tips ni, Cabut RAM anda daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel [yang putih tu, masa zaman belajar dulu], raba atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering. Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan [cap jari @ sbg] atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM.



3. Berus Slot RAM
Sebelum anda memasang RAM, anda sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, berus cat yang mahal ker?.. tak kisahlah yang penting [berus cat yang tidak mudah tertanggal bulunya]. proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut. Anda boleh baca post saya tentang Tip Penjagaan Persekitaran Komputer.



4. Pasang semula RAM anda
Anda boleh pasang semula RAM anda, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM anda rosak.



Cuba dulu tips nie sebab banyak komputer saya baiki, pelanggan cakap RAM rosak.. Tapi hakikatnya banyak habuk yang melekat.
-jangan sesekali pegang pada jalur emas pada RAM apabila anda pasang, mungkin tiada masalah sekarang, tapi masalahnya akan timbul akan datang.
anda juga boleh gunakan tips ni bagi perkakasan lain, seperti AGP card, network card @ sound card..

Jika PC selalu reboot sendiri berulangkali

Jika PC anda selalu reboot berulangkali hingga menganggu kerja anda, tak sempat nak save file dan sebagainya, Buka chasing, tanggalkan RAM dan batri bios. Hidupkan PC selama 5 minit. Ia akan berbunyi tit tit kerana ketiadaan RAM (Jangan Takut). Lepas 5 minit tutup PC anda dan pasangkan semula RAM, batri bios dan chasing kemudian hidupkan PC anda seperti biasa. InsyaAllah tidak akan selalu reboot berulangkali lagi kecuali ada kerosakkan hardware seperti RAM contohnya. Jangan gunakan RAM yang berlainan jenama kerana ia menjadikan pc tidak setabil.

Wednesday, April 22, 2009

Komputer Tiba-tiba Reboot Pada Masa Tertentu

BSOD ada kaitan rapat dgn masalah
1. RAM
sama ada RAM tu tak serasi atau dah ada problem, kalau ada 2 batang, cuba cabut salah satu..test mcm mana...atau pinjam RAM kawan2, test pakai dalam sehari, kalau tak ada masalah yang sama, tukar RAM

2. Motherboard
mungkin motherboard dah berumur, dah lama digunakan, kemungkinan ada antara kapasitor pada motherboard dh mula kembung/mungkin ada yg dh 'blow'. Cuba cuci habuk2 pada motherboard, guna lampu suluh kecik, perhatikan satu persatu secara teliti setiap kapasitor pada motherboard, ada tak yang dah kembung.

ni contoh kapasitor dah leaking/blow





3. Faktor software
kalau software nya hal, selalunya bila kita guna software tu je pc akan problem. tp kalau guna software2 lain pun masalah sama, problem berkait rapat perkara (1) dan (2)

Monday, April 13, 2009

PC anda perlahan?

PC anda mungkin akan menjadi amat perlahan kerana beberapa sebab:

  1. Masalah harddisk. Jika harddisk anda telah mempunyai sektor yang rosak, ini akan menyebabkan PC anda menjadi perlahan.
  2. Virus! ‘Update’ antivirus anda dan jalankan imbasan.
  3. Malware/Spyware! Antara punca PC anda menjadi perlahan juga ialah disebabkan oleh malware/spyware. Sepertimana perisian anti virus, anda perlu ‘update’ anti spyware anda dan jalankan imbasan.
  4. Kurang RAM! Saya sering memberi cadangan kepada pengguna komputer agar memasang sekurang-kurangnya 512MB untuk XP dan 2GB untuk Vista. Tambahan pula harga RAM pada masa ini tidaklah membebankan sangat.
  5. Fragmentasi sistem operasi! Seringkali pengguna PC alpa untuk melakukan defragmentasi OS mereka. Anda boleh menggunakan Disk Defragmenter ataupun muatturun lain-lain aplikasi.
  6. Fail-fail sementara! Jika anda membiarkan PC anda dipenuhi dengan ‘temporary files’ seperti internet cache, *.tmp dan sebagainya, ia juga menyumbang kepada perlahannya PC anda disamping merugikan ruang harddisk! Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan CCleaner dan/atau Glary Utilites.

Sumber asal: pcproblems.afraid.org

Thursday, April 9, 2009

Folder Options Hilang ?

folderoptions

Folder options hilang ? Jangan panik … dengan dua cara ini anda akan dapat mengembalikan kembali folder options ke keadaan asal. Sebab hilang … virus barangkali.

Cara 1: Ubahsuai registry

  1. Go to Run, type regedit then press enter.
  2. Navigate to [HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer].
  3. At right panel, look for a value called NoFolderOptions. Right click on it then choose Delete.
  4. Navigate to [HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer].
  5. Repeat step 3 to delete NoFolderOptions entry.

Cara 2: Change setting in Group Policy

  1. Go to Run, type gpedit.msc then press enter.
  2. Navigate to User Configuration -> Administrative Templates -> Windows Components -> Windows Explorer.
  3. At the right panel, look for “Removes the Folder Options menu item from the Tools menu”, right click on it then choose Properties.
  4. Change the setting from Enabled to Not Configured or Disabled.

Saturday, April 4, 2009

File NTLDR Missing

Anda sudah tentu pernah mengalami masalah ini.Bagi pengguna komputer masalah begini sudah tidak asing bagi mereka.Saya percaya ada sesetengah dari mereka yang akan format dan install semula Windows Xp.
ntldr missing
Jika file NTLDR hilang kita tidak akan dapat untuk masuk ke Windows XP. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan Cd Windows XP.Caranya agak senang daripada anda reinstall windows anda.

Perkara Yang Perlu Anda Lakukan :
1. Run komputer anda menggunakan Cd Windows Xp
2. Dalam menu Setup Windows Xp, tekan huruf R untuk baiki Windows.
3. Anda akan log on ke Windows installation dan masukkan admin password.
4. Kemudian copy file ntldr dan ntdetect dengan menggunakan arahan dibawah

c:\copy x:\i386\ntldr c:\ = x adalah CD-ROM / DVD-ROM
c:\copy x:\i386\ntdetect.com c:\

5. Setelah file itu dicopy, restart computer anda.

Task Manager Disabled

Untuk menggunakan Task Manager tekan Ctrl+Alt+Del pada keyboard.Task Manager digunakan untuk melihat dan mematikan services , program yang sedang running , akaun user yang aktif , status memory sedang digunakan dan status networking.Kebiasannya bila ingin mengkatifkan Task Manager akan keluar satu mesej ” Task Manager has been disabled by your administrator“.Salah satu punca Task Manager Disabled disebabkan oleh virus , spywares dan trojans.Screenshot Task Manager Disabled

task manager disable

Terdapat beberapa cara untuk mengembalikan Task Manager.Cara yang pertama adalah mengubah System Registry dan Group Policy.Cara kedua dengan menggunakan software.

Cara Pertama-Group Policiy

  1. Click Start
  2. Click Run
  3. Taip gpedit.msc dan click OK
  4. Dalam Group Policy Setting
  • Pilih User Configuration
  • Pilih Administrative Templates
  • Pilih System

Klik pada Ctrl+Alt+Delete options.Double klik the Remove Task Manager option dan ubah nilai Value 1 kepada o.Double klik pada Prevent access to Command Prompt,kemudian set kepada disable,apply,kemudian set semula kepada not configured.Nilai 0 mengambarkan tidak aktif , nilai 1 mengambarkan aktif.

Cara Pertama - System Registry.

Klik Run dan taip perkataan REG add HKCU\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System /v DisableTaskMgr /t REG_DWORD /d 0 /f dan klik pada ok atau pun secara manual:

  1. Klik Run
  2. Taip regedit dan klik ok
  3. Pilih HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Policies\ System.
  4. Ubah nilai value data kepada 0 pada DisableTaskMgr.

Cara Kedua-Software

Terdapat banyak software percuma yang dapat repair system registry yang rosak.Salah satu Task Manager Fix.Downlod TaskManagerFix percuma.Sebelum melakukan proses ini digalakkan update AntiVirus terlebih dahulu dan scan.

Hilangkan Mesej SvcHost

Setiap kali on komputer akan keluar mesej “Windows cannot find ‘C:Windows\scvhost.exe’.Make sure you typed the name correctly , and try again. To search for file , click the Start Button , and then click Search “. Masalah ini tidak memberi kesan yang buruk kepada komputer tetapi menyusahkan pengguna komputer.

gambar svchost

gambar svchost

Masalah ini berpunca dari dan lain-lain yang saya sendiri tidak pasti. Untuk hilangkan mesej svchost.exe setiap kali on komputer boleh dilakukan didalam system registry. Tapi bagi mereka yang belum bijak mengenai selok belok komputer boleh menggunakan Portable Antivirus.

Nuffnang Ads

Namun begitu ada sesetengah pengguna komputer yang format komputer dan install Windows baru. Mengapa anda perlu lakukan proses reinstall sedangkan ada jalan penyelesaiannya yang terbaik dan mudah. Cara selesaikan malasah ini . run portable antivirus dan klik Scan.Selepas itu restart komputer anda. Masalah keluar mesej svchost telah selesai diatasi.Selamat mencuba.

Saturday, March 28, 2009

Pulihkan Task Manager, Regedit, dan Folder Options Dengan RRT

Apabila komputer dijangkiti virus, biasanya virus ini akan menyekat fungsi-fungsi dalam Windows seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options. Ini kerana virus tersebut telah mengubah beberapa settings yang tertentu dalam Windows.

Antivirus biasanya hanya membuang virus tersebut, tetapi tidak membetulkan kembali settings yang telah diubah tadi. Sebab itulah walaupun komputer anda telah dibersihkan dengan antivirus, fungsi-fungsi seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options masih tidak boleh dibuka.

RRT (Remove Restrictions Tools) adalah sebuah aplikasi kecil yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sama seperti Disk Heal, RRT boleh memulihkan kembali Task Manager, Registry Editor, Folder Options, dan banyak lagi.

rrt-01

RRT akan mengesan fungsi-fungsi yang telah disekat dalam Windows. Jika ada, anda boleh memulihkan fungsi tersebut dengan klik sahaja pada kotak yang terbabit.

Software ini kecil sahaja saiznya, anda boleh letakkannya ke dalam pen drive supaya senang kalau nak baiki komputer kawan-kawan.

Monday, March 23, 2009

Komputer rosak?

Salam Ceria,

Komputer buat hal? ‘Hang’, slow, dsbnya. Apa yg anda fikirkan? Tension? atau bertenang… saya harap anda pilih untuk bertenang… kerana sebentar lagi saya akan memberi sedikit tips bagaimana menyelesaikan masalah anda.

Komputer sering buat hal bila kita tidak menjaganya dengan betul. Contoh menjaga komputer ialah:

1. Delete file yg tidak diperlukan ( temp file, recycle bin, dsb)

2. Defrag file anda (guna Defragmenter dekat Start->Programs->Accessories->System Tools->Disk Defragmenter.

3. Scandisk

4. Add/Remove programs (buang mana Aplikasi yg tidak digunakan)

5. Scan Virus (Guna AntiVirus) Virus juga penyebab komputer jadi slow

Tips di atas adalah untuk mengelak atau memulih komputer dari kerosakkan.

Semoga Tips ini dapat membantu.

Mengatasi masalah komputer

Apabila didapati komputer anda tidak berfungsi, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut bagi mengenali punca masalah. Mengenalpasti masalah komputer mungkin berpunca dari:-

Kesilapan Sendiri.
Pengguna tanpa disedari, merupakan satu daripada punca berlakunya masalah yang dihadapi oleh komputer. Masalah yang disebabkan oleh pengguna sendiri termasuklah terlupa membuka suis atau memasukkan plug pada soket yang salah, meletak cakera dalam pemacu cakera yang salah, menekan kekunci (key) yang salah, kurang mahir dengan perisian (software), memberikan arahan yang salah (incorrect command), menggunakan perisian (software) yang telah rosak, dan beberapa perkara lain lagi.

Masalah biasa pencetak
Peralatan luaran seperti pencetak dan kabel juga boleh mendatangkan masalah kepada operasi komputer. Umpamanya air minuman yang tumpah ke atas cakera boleh menyebabkan komputer anda menghadapi masalah. Begitu juga pencetak yang kehabisan kertas juga mampu menyebabkan komputer tidak dapat mengeluarkan output yang dikehendaki.

Masalah biasa Monitor
Kesesuaian penggunaan monitor untuk sistem komputer yang tertentu adalah penting. Sekiranya anda menggunakan monitor pada komputer yang tidak serasi, maka monitor anda tidak dapat membuat paparan dengan sempurna. Jika monitor anda tidak memaparkan warna yang sepatutnya atau skrin menjadi lebih besar dari keadaan biasa, sila periksa samada komputer anda telah dipasangkan dengan driver yang sesuai bagi monitor anda.

Masalah biasa hard disk
Peralatan dalaman seperti cakera keras (hard disk) juga boleh menjadi punca kerosakan komputer. Jika cakera anda mengalami kerosakan sektor (bad sector) misalnya, ia boleh menyebabkan program komputer tidak dapat dijalankan dan ini akan menyebabkan keseluruhan sistem komputer tidak dapat digunakan.

Sekiranya perkara-perkara yang disebutkan di atas bukan menjadi punca kerosakan, barulah boleh membuat kepastian atau kesimpulan bahawa yang rosak ialah komputer itu sendiri. Kerosakan mungkin berpunca dari litar bersepadu (chip/IC). Dengan mengetahui Litar bersepadu manakah yang rosak barulah boleh dibaiki komputer dengan menggunakan peralatan khas.

Mengatasi masalah CMOS checksum error

Semasa proses POST, BIOS mampu untuk mengesan ralat pada sistem, biasanya apabila berlakunya ralat, sistem akan mengeluarkan bunyi beep tertentu dan disertai dengan mesej:

PRESS F1 TO CONTINUE atau CTRL + ALT + ESC atau DEL TO ENTER SETUP

Artikel ini hanya akan menerangkan kod ralat bagi sistem yang menggunakan BIOS jenis Award sahaja. Sila pastikan terlebih dahulu jenis BIOS yang anda gunakan kerana setiap BIOS mempunyai kod ralat yang berbeza.

Kod ralat BIOS Award
Semasa artikel ini ditulis, terdapat hanya satu sahaja jenis bunyi kod beep dan lebih 40 jenis mesej ralat bagi BIOS Award. Satu bunyi beep yang panjang diikuti dengan dua bunyi beep yang pendek menandakan terdapatnya ralat pada video di mana BIOS tidak dapat untuk menerima isyarat video.

Mesej ralat pula ialah mesej yang dipaparkan pada skrin komputer yang menunjukkan kesilapan pada sistem papan induk. Antara mesej ralat yang paling kerap dihadapi oleh pengguna ialah jenis hasil tambah semak (CMOS checksum error). Masalah CMOS checksum error biasanya adalah disebabkan kegagalan CMOS untuk mendapatkan keputusan tepat bagi hasil tambah-semak di dalam BIOS.

Berikut adalah 4 jenis kod ralat CMOS checksum error bagi BIOS Award dan keterangan mengenainya:

Mesej Ralat BIOS Award

Keterangan

BIOS ROM checksum error - System halted

Hasil tambah semak pada kod BIOS di dalam cip BIOS tidak tepat, ini menandakan kod BIOS anda telah korup. Untuk mengatasi masalah ini, gantikan BIOS tersebut dengan BIOS yang lain.

CMOS battery failed

Bateri CMOS tidak berfungsi. Gantikan dengan bateri baru.

CMOS checksum error - Defaults loaded

Hasil tambah semak CMOS tidak tepat menyebabkan sistem terpaksa memuatkan konfigurasi asal. Hasil tambah semak mungkin menandakan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan yang lain jika perlu.

CMOS CHECKSUM ERROR DISK BOOT FAILURE, INSERT SYSTEM DISK AND PRESS ENTER

Hasil tambah semak CMOS tidak tepat dan tanda menunjukkan CMOS telah korup. Ralat ini boleh disebabkan oleh bateri yang lemah. Periksa bateri dan gantikan dengan bateri yang lain jika perlu.


Jika diteliti keterangan mesej ralat pada jadual tersebut, masalah checksum error biasanya adalah disebabkan oleh kelemahan pada bateri CMOS. Untuk mengatasinya, anda boleh gantikan bateri tersebut dengan bateri yang baru. Bateri ini boleh didapati di mana-mana kedai aksesori komputer pada harga sekitar RM5.00 sahaja.

  © Blogger template 'Star Wars' by Ramal PC Solutions 2008

Back to TOP